About
Assallamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Sedikit info ‘tak rasmi’ tentang saya. Azam adalah nama ‘laungan’ kawan-kawan masa ‘berbola’(main bola). Minat meniaga dan tak minat makan gaji. Saya suka berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea mengenai apa sahaja tentang perniagaan. JomDOBI.com adalah salah satu cara saya berkongsi idea dengan mereka yang berminat dengan perniagaan ini dan ia adalah ‘niche’ yang boleh saya bualkan. Kalau ada apa-apa idea tentang perniagaan boleh lah saya dengar dan bincangkan. Tapi di JomDOBI.com biarlah kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang satu perniagaan yang kian rancak berkembang dan mendapat sambutan diluar jangkaan.
Saya telah meniaga Dobi sejak 6 tahun yang lepas. Bermula dengan modal $50.00 sahaja, kemudian memulakan perniagaan ‘COIN OPERATED LAUNDRY’-COL (Dobi berbayar self service) dengan 3 buat mesin dan sekarang ade….lebih dari 3 buah mesin sahaja(tak banyak) hehe. Kemudian ‘terjebak’ secara ’sengaja’ dengan konsep Kedai DOBI SERVICE ( kedai dobi yang biasa…tempat hanta TOTO, buat dry cleaning dan etc). Saya juga memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada sahabat dan bakal-bakal usahawan sebelum di’paksa’ oleh mereka untuk membukukan pengalaman dan seterusnya dikongsi bersama anda semua.
Saya harap JomDOBI.com akan menjadi satu platform kepada bakal usahawan berkongsi dan menambah pengalaman anda. Jadi kongsilah pengalaman anda dan jangan kedekut ilmu. Dan yang penting kite semua adalah manusia dan mempunyai perasaan, diharap setiap komen dan post anda tidak menyentuh perasaan pelawat-pelawat lain. Ok……JOMDOBI.
Azam & Shah
Comments (10)






salam.. sy slh seorg pengusaha dobi. selain itu sy juga pembekal sabun dobi. mcm mane nk iklan kn sabun saye di blog anda? mksd sy di bhgn jual beli. terima kasih
salam en.azam…
mohd dari kuantan..
fisrtly…saya akan memulakan peniagaan dobi ini tidak lama lagi. so sekiranya boleh saya buat visit ke dobi en.azam untuk melihat operasi kedai dobi azam…
secondly…boleh ker saya nak stay di kedai dobi en.azam untuk melihat suasana kedai dobi dan secara tak langsung saya dapat ambil ‘feel’ kedai dobi sebelum saya memulakan perniagaan dobi saya sendiri…
harap en.azam dapar replay…tq
Salam Zali,
Tahniah dah nak buka perniagaan dobi. Untuk lawatan saje tak de masalah. Inform saya dulu, kalau boleh pada hari ahad.
salam En. Azam. Saya berminat nak buka kedai dobi dan masih dalam perancangan. Jadi saya nk tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya ingin tahu mengenai perniagaan ini serba sedikit serta modal yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan ini? Di samping itu, saya juga ingin tahu mengenai senarai suplier untk mesin self service..
@Sara,terima kasih melawat jomdobi.com. Ini saranan saya.
1.Download RP Percuma Dobi dan boleh mula buat bajet dan kos awal untuk memulakan perniagaan dobi, anggaran kasar overhead dan sebagainya.
2.Hadiri Kursus Asas Dobi atau dapatkan Ebook Manual Niaga Dodi – mengenai keperluan awal memulakan perniagaan dobi. Lepas tu, baru boleh buat keputusan samaada niaga dobi ni sesuai atau tidak dan samada Sara sudah bersedia dengan niaga dobi.
3.Untuk memantapkan lagi, boleh hadiri PGC, yang akan mendedahkan latihan amali, pengetahuan tentang bahan pencuci khas dan sebagainya.
Habiskan lebih masa untuk buat survey dan mengkaji potensi pernigaan ini daripada terus terjun tanpa persediaan dan bimbingan. Sekiranya ada fresh graduate jangan lihat peniagaan dobi semudah yang dilihat. Buatlah keputusan selepas kajian mendalam dilakukan.
Terima kasih…jomdobi. com
salam EN. Azam….
Saya pun salah seorang bakal usahawan dobi (InsyaAllah)…saya bercadangnak buka kedai dobi, dah lama plan cuma belum mula je….bulan depan baru nak pegi kursusdi Taman Melawati dengan kos RM300…tak jumpa pulak kursus yng lebih murah kos dia….
Banyak lagi yang perlu saya pelajari utk buat semua ni….masih dalam proses pembelajaran dan kajian….
agak2 nya kalau dengan modal RM30k cukup ke utk saya buka sebua kedai dobi yg basic? sebab saya kalau boleh tak mahu apply loan sebab banyak sangat dengar payahnye nak dapat……
saya pun berminat nak beli ebook manualniaga dobi yg En. Azam keluarkan….one saya bank in, bila saya akan dapat? Harap En. Azam tak keberatan membantu saya dalam merealisasikan impian saya ini…..
TK
@Wada, tahniah berminat dgn perniagaan dobi. RM30k dah boleh bukak dobi yang basic. Memang di galakkan kalau nak bukak dobi dgn duit sendiri, kalau loan nanti, sampai satu masa, kita akan terasa perit sebab duit mengalir bayar loan aje. Tapi kalau untuk kedai kedua, sy syorkan guna loan.
Ebook MND, Wada akan dapat lepas sy dapat confirmation dari bank, selalunya dlm tempoh 24-48jam, kalau bank yang sama. Kalau interbank, makan masa 2 hari.
salam en. azam,
sy sekarg dlm perancgan utk membuka kedai dobi, ttpi sy langsung tdk m’punyai pengalamn. malah modal pun hya ada RM3k, adakah cukup utk m’buka kedai dobi..
apakah checklist yg perlu sy sediakan?
bgmana dgn ebook yg di sediakan, adakah cukup semuanya penerangan di dlm nya…
sekian, terima kasih
@ct-f, terima kasih melawat jomdobi.com.
Saya rasa 3K tu sikit sangat, kalau nak jadi agen tu bolehlak kot. Ebook MND mendedahkan perkara yang perlu diketahui sebelum terjebak dalam perniagaan dobi sebagai Alternatif menghadiri Kursus Asas Dobi.
Salam Azam,
Saya bercadang nak buka kedai dobi. So nak datang melawat kedai azam dan ambil advice sikit dari azam. Please need your kend help.email me zam..
-yunus-
salam en azam..
saya berminat utk memulakan perniagaan dobi..pada thn 2008, saya telah mendaftar perniagaan ini..tapi hasrat itu tpaksa ditangguh memandangkan saya tiada keyakinan dan tiada pengalaman.walaubagaimanapun selepas membaca kata2 semangat dan tips2 berguna di web ini membuatkan saya ingin kembali merealisasikan impian sy.dengan langkah pmulaan, adakah dengan ebook MND sahaja sudah cukup dan tidak perlu menghadiri kursus asas dobi yang lain?dan adakah dengan mhadiri PGC 1hari sahaja sudah mampu membuka kedai dobi sndri?harap en azam boleh membantu..tq..
salam en azam…sy nak tanya berape cos untuk mesin dry clean aqua?
salam en azam… saya nak perkenalkan en azam kaedah pencucian pakaian tanpa menggunakan detergen..
REVOLUSI PENCUCIAN PAKAIAN
Keistimewaan Produk :-
> 100% bahan semulajadi.
> Antibakteria.
> Peneutral klorin.
> Penyingkiran penggunaan bahan perapi.
> Bebas daripada logam berat.
> Mesra alam.
> Penjimatan wang