Beli DOBI – Cara Ekspress Miliki Perniagaan Dobi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

2 bulan lepas saya berjumpa dengan kompetitor dobi yang ingin menjual kedai dobinya. Agak terkejut juga bila kompetitor buat tawaran beli kedai dobinya yang selang satu kedai dari kedai dobi saya.

Alasannya, tiada orang yang nak menguruskannya (Kedai diuruskan oleh sahabat saya dan makciknya) sebab makciknya kurang sihat. Tawarannya RM45,000.00 . Iaitu termasuk semua rak baju,almari, 2 dryer Model Elektrolux -30paun, 4 washer Model Toshiba 13kg, 1 steam iron model ITALY-tangki besar yang boleh tampung 2 steam iron sekali gus dan sewa kedainya sekali. Tapi melihat kepada kedai, saya lebih berminat dengan Dryer dan Steam ironnya sahaja. Anda tau berapa harga yang di tawarkan? RM30,000.00. Dipendekkan cerite, saya cakap saya pikir dulu.

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum beli Dobi, walaupun ia cara ekspress untuk anda memulakan perniagaan dobi ni. Anda perlu kaji selidik beberapa perkara untuk memastikan kenapa perniagaan itu nak dijual.

1.Anda perlu ingat, setiap mesin atau peralatan mempunyai susut nilai tertentu.Contohnya 15% setahun,Ia sebenarnya akan menentukan harga logik jualan. Keadaan dan kualiti mesin juga amat penting untuk menentukan harga mesin – dah tentu ‘on running condition’.

2.Jumlah jualan yang dibuat. Anda boleh periksa dari rekod jualan, penggunaan air – bil air, bil elektrik, resit gas, resit belian sabun. Dari maklumat ini anda boleh buat anggaran jumlah basuhan yang dibuat dalam sehari, seminggu atau sebulan. Seterusnya berapa sales sebulan dan anggaran net profit yang diperolehi.

3.Pastikan baju,toto yang ade dikedai tu, milik pelanggan dan bukan milik tokey kedai yang sengaja diletak atur untuk buat-buat banyak baju.

4.Cubalah guna servis kedai tu, bagus ke tidak, busuk ke wangi, cepat ke lambat, hilang baju ke tidak.

5.Customers base berapa ramai. Cuba buat purata pelanggan sehari dari maklumat buku resit yang diberi.

6.Cuba buat anggaran kos tambahan yang anda perlu anda laburkan jika keadaan kedai tu perlu anda cantikkan atau tukar konsep. Contohnya nak kena beli mesin baru ke, atau tambah iron ke atau nak kena cat kedai atau buat kaunter baru ke….

7.BELI MESIN DAN PERNIAGAAN SAHAJA, BUKANNYA SYARIKAT. JADI TUKARLAH NAMA KEDAI. Bukan apa, takut nanti kedai tu ade berhutang dengan along,bank dan tuntutan dari pelanggan yang hilang baju.

Sebenarnya bukan mudah untuk beli kedai Dobi, kena selidik dulu, kite taknak nanti yang dibeli bukannya emas tapi kaca pada harga emas. Kalau anda perlukan bantuan, silalah hubungi saya, sedia membantu, mungkin ade yang boleh saya tolong sekadar yang saya mampu.

Ok.. Jom DOBI

Blog Widget by LinkWithin

Subscribe Jika Artikel Ini Bermanfaat

Ada Banyak Lagi  Panduan, Tip dan Artikel yang Bermutu.

Nama:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

Comments (57)

 

  1. zamir says:

    Salam…..

    sy plan nak buka kdai dobi dlm beberapa bulan akan datang nie….just tnggu duet ckup jer nie…..tp sy langsung xde pgalaman ataupun ilmu ttg dobi nie,just tau hantar jer,huhu……arap en azam blh tolong ceritakan n bg panduan dr A-Z….OK??

    @Zamir, tahniah minat dengan dobi. Kalau nak caritekan dari A-Z, susah sangat tu. Kalau PGC pun dari pukul 10.00am sampai 6.00pm. Naik kematu kalau nak menaip keyboard.;-). Asasnya.

    1.Download RP Percuma dan buat analisa dari RP.
    2.Hadir Kursus Asas Dobi atau dapatkan Manual Niaga Dobi untuk tahu mengenai selok belok perniagaan dobi secara kasar.
    3.Untuk Mantapkan diri sebelum buka kedai dobi, hadir PGC

    Kalau Zamir, nak beli kedai dobi boleh baca KAT SINI.

  2. Sha says:

    A’kum Abg Azam,

    Saya juga berminat tentang servis tambahan utk hilangkan karat, taik lalat, ink dsbnya.

    Harap boleh membantu saya atau email ke azlin_shah22@yahoo.com

  3. kas76 says:

    saya dari tawau sabah, berminat tentang bisnis dobi. masalahnya mesin cuci, sabun atau yang berkaitan dengan cucian dobi tidak ada pembekal di kawasan ini. bagaimana cara untuk mendapatkan semua bahan-bahan yang digunakan dalam cucian dobi ini?

    @kas, saya kurang pasti tentang pembekal mesin di Sabah, sebab kebanyakkannya berada di KL dan cuma tambah kos penghantaran dan pemasangan. Tentang sabun, saya yakin banyak pembekla di Sabah.

  4. Nora22 says:

    Salam,
    Pertama sekali, nak ucapkan terima kasih di atas tip2 yang diberikan di atas…sangat baik. Sekurang2nya saya buleh berhati2 bila memilih untuk membeli bisnes dari pihak lain.
    Saya sekrg ni tengah mencari peluang untuk menjalankan bisnes dobi…tapi nak carik dobi yang sedia ada (ambil alih dari pihak lain).
    Ada cadangan atau tau mana2 kedai yang nak dijual?
    Area Wilayah & Selangor.

  5. mazni says:

    ada kedai dobi nak jual kat damansara.

    dan saya juga ada nak jual 2nd hand steam ion dan dryer segera. o10-4410549

  6. mazni says:

    ada kedai dobi nak jual kat damansara.

    dan saya juga ada nak jual 2nd hand steam ion dan dryer segera. o19-4410549

  7. Salwa says:

    Saya ada melawat beberapa kedai dobi yang ingin dijual. walau bagaimanapun, saya tidak tahu bagaimana hendak menentukan harga jualan perniagaan tersebut berpatutan atau tidak.
    Harap dapat membantu.

Leave a Reply