Beli DOBI – Cara Ekspress Miliki Perniagaan Dobi
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

2 bulan lepas saya berjumpa dengan kompetitor dobi yang ingin menjual kedai dobinya. Agak terkejut juga bila kompetitor buat tawaran beli kedai dobinya yang selang satu kedai dari kedai dobi saya.
Alasannya, tiada orang yang nak menguruskannya (Kedai diuruskan oleh sahabat saya dan makciknya) sebab makciknya kurang sihat. Tawarannya RM45,000.00 . Iaitu termasuk semua rak baju,almari, 2 dryer Model Elektrolux -30paun, 4 washer Model Toshiba 13kg, 1 steam iron model ITALY-tangki besar yang boleh tampung 2 steam iron sekali gus dan sewa kedainya sekali. Tapi melihat kepada kedai, saya lebih berminat dengan Dryer dan Steam ironnya sahaja. Anda tau berapa harga yang di tawarkan? RM30,000.00. Dipendekkan cerite, saya cakap saya pikir dulu.
Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum beli Dobi, walaupun ia cara ekspress untuk anda memulakan perniagaan dobi ni. Anda perlu kaji selidik beberapa perkara untuk memastikan kenapa perniagaan itu nak dijual.
1.Anda perlu ingat, setiap mesin atau peralatan mempunyai susut nilai tertentu.Contohnya 15% setahun,Ia sebenarnya akan menentukan harga logik jualan. Keadaan dan kualiti mesin juga amat penting untuk menentukan harga mesin – dah tentu ‘on running condition’.
2.Jumlah jualan yang dibuat. Anda boleh periksa dari rekod jualan, penggunaan air – bil air, bil elektrik, resit gas, resit belian sabun. Dari maklumat ini anda boleh buat anggaran jumlah basuhan yang dibuat dalam sehari, seminggu atau sebulan. Seterusnya berapa sales sebulan dan anggaran net profit yang diperolehi.
3.Pastikan baju,toto yang ade dikedai tu, milik pelanggan dan bukan milik tokey kedai yang sengaja diletak atur untuk buat-buat banyak baju.
4.Cubalah guna servis kedai tu, bagus ke tidak, busuk ke wangi, cepat ke lambat, hilang baju ke tidak.
5.Customers base berapa ramai. Cuba buat purata pelanggan sehari dari maklumat buku resit yang diberi.
6.Cuba buat anggaran kos tambahan yang anda perlu anda laburkan jika keadaan kedai tu perlu anda cantikkan atau tukar konsep. Contohnya nak kena beli mesin baru ke, atau tambah iron ke atau nak kena cat kedai atau buat kaunter baru ke….
7.BELI MESIN DAN PERNIAGAAN SAHAJA, BUKANNYA SYARIKAT. JADI TUKARLAH NAMA KEDAI. Bukan apa, takut nanti kedai tu ade berhutang dengan along,bank dan tuntutan dari pelanggan yang hilang baju.
Sebenarnya bukan mudah untuk beli kedai Dobi, kena selidik dulu, kite taknak nanti yang dibeli bukannya emas tapi kaca pada harga emas. Kalau anda perlukan bantuan, silalah hubungi saya, sedia membantu, mungkin ade yang boleh saya tolong sekadar yang saya mampu.
Ok.. Jom DOBI
Comments (72)






Kedai dobi en. azam dimana? share lah sikit.
Memang betul kita jgn underestimate perniagaan dobi ni..dulu sebelum saya buka cawangan di putrajaya, saya ingatkan senang, tetapi kalau marketing tak kuat plus many competition, sakit gak tiap2 bulan.
lagi satu tips saya nak tambah
1) jgn assume yang dry clean customers akan ramai jika kawasan anda ramai melayu. kena tengok faktor gaji dan pekerjaan mereka sama.
2) selalunye kalau buka kedai di apartment, lebih ramai yg menghantar toto dan baju basuh biasa (normal wash).
3) yang amat penting, customer service. Baju MESTI HARUM
bagi sesiapa yg membaca posting ini dan nak cuba bau harum kedai dobi kami, silalah lawat kami di Ground Floor, Block C, Pangsapuri Putra Damai, Precinct 11, Putrajaya. Kami juga supply plastics and laundry detergent.
our website : http://www.dobi4u.com
JomDOBI.com ucap selamat datang dobi4u.com. Terima kasih dengan tip yg diberi.
Mungkin Pn Ema boleh letakkan senarai harga untuk plastik dan laundry detergent di ruangan Jual Beli untuk makluman visitor Jom DOBI. Saya akan buka ruangan khas untuk setiap item – Contoh Jual Beli untuk sabun, plastik. Jual Beli untuk mesin-mesin, Jual Beli untuk servis repair mesin dan sebagainya yang berkaitan dobi.
Kalau ade yg dapat bekalkan detergent yang ada kelulusan dari JAKIM, amat dialu-alukan. Sila sertakan Sijil untuk rujukan pembeli. Saya dapat banyak permintaan dari visitor berkenaan sabun halal. Alhamdulillah kesedaran tentang sabun halal dikalangan pengguna dan pengusaha dobi semakin bertambah. Jika kite tahu ia bukan halal nyatakan ia bukan halal, berat tanggung jawab pada umat yang lain.
OK….Jom DOBI
Assalamualaikum,
baru2 ni sy pergi tgk dobi utk dijual,harganya agak mahal nak dibandingkan dengan usia mesin yg dah agak tua.owner kedai tu prefer sy utk take over kedainya atas alasan sy masih muda dan educated.jadi sy minta kebenaran dia utk study kedai tu.dan sampai harini owner tu senyap je tanpa khabar berita..
actually,plan asalnya saya nak buka kedai dobi sendiri.lokasi dah jumpa,quotation mesin dan detergent pon dah keluar.tapi tak cukup pengalaman nak running kedai dobi.tu pasal la pelabur2(family sy) minta beli saja kedai yg nk dijual…sbb diorg dah ade staf yg mahir n sy boleh concentrate pd marketing.
Terima kasih kerana melawat JomDobi.com
Sebolehnya Faezah perlu tahu selok belok perniagaan Dobi. Walaupun ade staf lama yang mahir, mungkin cara mereka kerja tidak mengikut kehendak Faezah. Kalau boleh biarlah pekerja mengikut ‘acuan’ cara Faezah sendiri.
Dah tentu banyak perubahan yang ingin Faezah buat kalau betul-betul berminat dengan kedai dobi tu. Contohnya dari cara melayan pelanggan – mungkin Faezah rasa ia perlu dibaiki. ID (Interior Design) mungkin perlu diubah untuk menarik lebih ramai pelanggan dan keselesaan pelanggan. Bila pekerja lebih pengalaman dari boss,banyak ’short cut’ akan berlaku. Yang boleh buat, pekerja cakap tak perlu buat. Yang tak perlu buat, pekerja cakap perlu buat. Jadi pada pendapat saya Faezah perlu ada asas dalam DOBI. Jika tidak pun, Faezah perlu tegas bagi memastikan mereka mengikut ‘Operation Manual – Acuan Faezah’.
Berkenaan marketing pula. Kalau boleh tengok pada kemampuan mesin, samada mampu atau tidak untuk menampung pelanggan kontrak baru.Jika kapasiti mesin agak kecil dan sesuai untuk ‘walk in’ customer..lupakan dulu tentang kontrak hotel,sekolah,kilang dan sebagainya.
Faezah boleh jadikan tip yang diberi untuk dijadikan panduan membeli dobi yang nak dijual.Bukan apa…kalau owner agak susah nak bagi kerjasama maknanya ade sesuatu yang tak kena dan harus diingat…..duit yang dikluarkan tu duit Faezah. Bila rasanya nak dapat ROI tu?. Jadi jangan terburu-buru. Beli mengikut penilaian yang sewajarnya.
Salam Bro… Cerita pasal jual bisnes dobi…saja nak sharelah last few weeks memanglah ader satu Dobi yang selalu family dok hantar toto..etc, Offer nak jual KEDAI DOBI yang dah operate for past 11 years… sebab kata tokeynyer (chinese lady) dia nak rest sekejap and then nak bukak bisnes lain… ditambah pulak dgn pekerja2 yang ada situ bersungguh2 mintak saya consider..1st thing saya tanya, berapa profit sebulan?.. dia cakap 9K – 10K… saya tanya lagi, berapa nak jual? nak tau berapa?… RM75K !… huh… lepas saya consult kengkawan and also dari jomkongsi ni… rasa2 boleh bukak 2 Mini Dobi tul tak?… Camna? sajer jelah. nak tengok pendapat Bro…
@Salam Saiful,terima kasih melayari JomDOBI.com.Kalau ok apa salahnya untuk beli dobi tu. Tapi beberapa perkara perlu diambil kira.
1.Profit RM9k-10k (Ni net profit atau gross profit).Cuba anggarkan berapa overhead sebulan – gaji,utiliti,sewa,maintenance dan sebagainya.
2.Kalau 11 tahun, dah tentu ade susut nilai mesin.
3.Apa kah jenis mesin yg digunakan? (Domestik atau commercial)
4.RM75k, boleh bukak 2 outlet.(1 main + 1 pick up outlet).
Tapi setup Main outlet x boleh lah canggih, hanya asas sahaja- anggaran dalam RM25k untuk mesin,5k-10k untuk basic renovation.Walaupun asas tapi,ia mampu menerima load, kecuali dry cleaning atau aqua wash.
5.Pick-up outlet,bajet dalam RM3k-5k saje, untuk initial setup.
Lokasi memainkan peranan penting. Mungkin dia demand sebab lokasi yang baik.
OK Saiful,itulah pandangan saya. Mungkin org lain punye pendapat lain pulak.Macamana pun semoga berjaya dalam perniagaan Saiful.
OK….Jom DOBI
ada sebuah kedai dobi bersebelahan tempat kerja skrg menawarkan kedainya untuk dijual pada harga rm65k. dgn adenya 4 mesin basuh 2 dryer 2 iron rak simpan pakaian dan kaunter. brapakah nilai sepatutnya? skrg kedai dobi tersebut telah dijual kepada pemilik 3. pemilik ke 3 skrg telah langgar syarat penjanjian. pemilik ke 2 membuat keputusan menarik balik dan ingin menjualnya kpd sy. harap En.Azam dpt memberi sedikit nasihat drp mslh ini. lebih senang jika sy dpt berhubung terus dgn En.Azam. tq
Salam, sila cek email.T kasih.
Pn Ema saya nak tahu baper harga detergen yang pn ema tawarkan…:) saya baru sangat kat dalam bidang dobi ni… stakat ni saya pakai mesen basuh biasa jer n detergen kat tesco jer…agak mahal…kalau boleh e-mailkan kat saya…kjmissd27_forex@yahoo.com
En Azam,
Cuba senaraikan chemical yg tidak halal digunakan dlm pembuatan liquid detergent?Sekarang sy membuat sendiri liquid detergent & softner.Sila email kpd sy.
@mad shah,terima kasih melayari jomdobi.com. Mungkin Mad Shah boleh berkongsi atau promote produk tu disini. Ramai sebenarnya yang mencari detergent dan softner yang halal untuk kegunaan dobi.
yup.. saya dah jalankan dobi hampir 9 bulan.. so far alhamdulillah.. tapi margin keuntungan tu agak kecil.. nak di besarkan kita kena sentiasa buat marketing strategi…
Hazaris,
Tahniah…9 bulan dah lama tu. Selalunya ambik masa 6 bulan untuk tengok sejauh mana perniagaan kite boleh pegi. Ade sesetengah special servis yang boleh mendapat profit margin tinggi. Contohnya servis untuk hilangkan karat pada baju, hilangkan ‘taik lalat’, hilangkan ink dan sebagainya. Special servis macam boleh juga ditawarkan untuk kedai dobi yang tak de kemudahan bahan pencuci khas.
Selalunya mereka jarang ambik baju pelanggan yang ade masalah macam ni. Saya ambil contoh
untuk hilangkan karat baju, walaupun kesan nampak kecik, pelanggan perlu membayar antara RM3.00 – RM5.00 untuk sehelai baju (hanye untuk hilangkan karat) dan kos basuh lain pulak. Tempoh masa…..kurang dari 5 min. Begitu juga dengan kesan ball point dan maker pada baju.
Walaupun nampak kecik, tapi ia membezakan kedai kita dan kedai lain.
saya di pulau pinang , disini sesiapa ada jual laundry detergent dan ada dihatarkan…
dan boleh quo price for me.. thanks..
s1ewn1ng@hotmail.com
Hai Vivian,
Terima kasih melayari jomdobi.com. Kalau x silap saya ade pembekal detergent base di Penang atau di Prai. Kalau ade saya akan emailkan pada Vivian. Elok ambik yang dekat dgn Penang, kalau luar dari Penang……kos akan melambung tinggi.
Assalamualaikum semua.
Di sini saya inging berkongsi pengalaman saya mengenai mesin. Saya mempunyai kedai dobi di Bandar Baru Bangi dan telah beroperasi selama setahun lebih. Pengalaman ini adalah berkenaan mesin dari negara China. Saya dapati kualiti mesin-mesin ini amat rendah dan harganya pun boleh tahan mahal. Saya menggunakan mesin pengering dari China selama lapan bulan sahaja, lepas tu motornya rosak. Dah la macam tu, spare part pulak tak ada. Jadi pembekal yang jual mesin kepada saya menggantikan motor yang rosak dengan motor lain, menyebabkan mesin tersebut tidak dapat beroperasi dengan lancar, selalu sahaja mengalami gangguan akibat motor yang tidak sesuai. Jadi nasihat saya sebelum membeli mesin pastikan meisn yang dibeli adalah berkualiti. Mahal sedikit tak apa asalkan tidak menimbulkan masalah kepada kita. Sekian, terima kasih
Salam En. Hamdan,
Apa nama brand mesin tu?, kalau boleh dikongsi bersama untuk panduan usahawan lain.
Saya setuju dengan pandangan En. Hamdan, biar belanja lebih sikit, tapi mesin berkualiti.
Kalau nak bajet pun…biarlah berpada-pada.
Dapatkan second opinion berkenaan mesin, jangan main terjah aje. Memang adat berniaga, kalau dibayar harga kancil, mana mungkin dapat BMW. Kalau ade pun mungkin body BMW tapi enjin kancil. Kalau meniaga x untung maknanya bukan meniaga..dah jadi welfare.
Jadi sebagai pembeli, jadikan pengalaman En. Hamdan panduan yang paling bernilai, sebab mesin nak pakai lama dan dengan mesin itulah jugak rezki dicari. Kalau En. Hamdan ade pengalaman lain, saya mengalu-alukan,semoga boleh dikongsi bersama.
salam.
saya tertarik degan penerangan en Hamdan. pengalaman saya sendiri pun ada. saya mendapatkan mesin dripada seorang yang agak terkenal dikalangan pengusaha melayu kita…. saya beli mesin 2nd. tapi alhambdulillah semua mesin dalam keadaan baik selama 9 bulan beroperasi. cuma saya terpaksa keluarkan modal dalam seribu juga utk kerosakan yang berlaku.. adatlah mesin lama kenalah servis juga. cuma saya agak terkilan bilamana saya dapati saya boleh mendpatkan harga mesin baru dengan hanya perbezaan harga 2-3 ribu shaja. apapun saya buat sebagai pengajaran untuk lebih berhati2 semasa membuat pilihan. dan ye, mesin yang berkualiti memang lebih mahal, tapi kepala tak pening kalau2 mesin meragam.
@haz@ris, saya setuju.Kalau nak berjimat pun, biarlah berpada-pada. Tapi nasib baik after sales servis..ok. Ade setengah yang lepas jual mesin terus hilang pun ade.
saya bercadang nak beli kedai laundry saudara ( perempuan ) dia dah x larat buka laundry itu pun selalunya dia buka sampai petang ( Janda )aje. Dia nak jual dgn sy sekitar 15K mesin basuh 2, drayer kecil 2, iron stim 1 boleh x beli. sewa kedai nya sebulan rm 900. semua barang yg ada kat kedai dia kasi kira2 sambung meniaga aje. cam ner ada cadangan x? saya memang minat nak meniaga dobi pasal sy pernah kerja kedai dobi sebelum nie.
@En Ibrahim, sila cek email. Terima kasih.
En Azam,
Saya bercadang nak membuka kedai dobi. Boleh tak tolong berikan quotation untuk mesin-mesin yang diperlukan. Terima kasih
Salam..sy sgt2 lah tertarik dgn bisnes dobi nie setelah baca semua komen2 diatas..Sebelum nie mmg da niat nak buka bisnes nie,p disebabkan tidak mempunyai pengalaman, sy terus tidak mencuba. So disini, sy harap da pihak2 yang dapat membantu sy serta memberi cadangan kepada sy…Apa yg saya perlu lakukan sebelum membuka perniagaan ini..
Salam As-nas, sila cek email.
salam bang azam…
sy tngh wat survey utk membuka sebuah kedai dibi di bera pahang… untuk pengetahuan bang azam perusahaan ini akan diusahakn oleh bekas pelatih sy untuk dlm progrm melahirkan usahawan… sy jd buntu dlm bidang ini disebabkan sy berada dalam bidang auromotif… apa nasihat dr bang azam agar dpt membantu sy… skrg sy sdg mencari pembekal untuk bahan pencuci dan mesin..
en azam..saya ingin minta khidmat nasihat tentang pemsaran dobi. sebab dobi saya sekarang ni tak bagi pulangan yang cukup..pandangan dan nasihat boleh di emailkan ke hafiz.firuz@gmail.com..terima kasih.
@hafiz,terima kasih melayari jomdobi.com. Memang akan ada satu ketika perniagaan dobi sudah mencapai tahap tepu, bila bilangan pelangan baru tak bertambah atau income pun dah x berubah.
Cuba buat promosi untuk tempoh tertentu katkan sebulan ke. Contohnya basuh toto pada harga promosi dan buat flyer serta edarkan dikawasan yang berpotensi. Cara ni selalunya akan menarik ramai pelanggan baru.
Cuba dapatkan kontrak atau pelanggan yang boeh bagi load besar, contohnye butik,spa, surau,masjid dan juga catering. Buat satu harga yang di persetujui dan yang penting….MESTI ade untung. Jangan syok tengok load banyak, tapi duit masuk x de. Perlu buat kira-kira, supaya harga yang ditawarkan kompetetif dan sudah menampung kos operasi, transport dan sebagainye.
jomdobi…..
Salam bang zam…
Nampaknya abg zam mmg berpengetahuan luas dalam bidang dobi ni kan..bagus la sebab dengan kewujudan insan yang perihatin dan sedia menghulurkan bantuan seperti abg zam ni membolehkan para usahawan dobi bole bertapak dgn baik..
Abg zam..saya mmg cukup berminat dgn industri ini..tapi sayangnya saya mmg betul2 baru dan bole dikatakan tiada pengetahuan dalam bidang ini..kalau setakat nak basuh kain sendiri tu ada la..bole tak kalau saya ingin minta sedikit nasihat dan pengalaman abg zam untuk membolehkan saya menjalankan bisnes ini dengan jayanya?..contohnya budget, peralatan yang sesuai, jenis2 cucian, bahan detergent & softener yg biasa abg pakai dan lain2 perkara yang berkaitan…saya mengucapkan ribuan terima kasih sebagai pendahuluan…
@arm,terima kasih melayari jomdobi.com.
Arm tak perlu kisah pasal detergent,softener dan sebagainye. Dapatkan dulu pengetahuan mengenai asas dobi, dari situ bari Arm tahu perniagaan dobi ni sesuai atau tidak dengan Arm. Jangan ikut rentak sekeliling, kalau orang buka dobi, kite pun nak bukak dobi. Orang bukak dobi sebab dah tahu selok belok, kite bukak dobi nanti kena ‘belok & cilok’.
Untuk Asas dobi, Arm boleh hadiri kursus asas dobi atau dapatkan Ebook ‘MANUAL NIAGA DOBI’. Selepas dapat Asas Dobi, barulah buat keputusan.
Ada pembaca yang menghadapi masalah selepas buka perniagaan dobi, tanpa mengetahui Asas dobi, cara berdepan dengan masalah baju rosak, cara guna bahan pencuci khas dan 1001 satu masalah dan ade yang beli dobi dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding mesin dan lokasi. Tak salah, tapi banyak kerugian dan masa yang perlu diambil untuk cover balik semua yang dah dibuat. Kalau duit ‘terlalu lebih banyak’ mungkin tak kisah, tapi kebanyakkan guna duit simpanan dan duit pinjaman, jadi perlu berhati-hati dengan setiap perbelanjaan.
assalamualaikum….en azam
erm nama saya haris…….berumur 24 thn….bru abis diploma , skunk tgh praktikal n klu ade rezki nk trus keje…..
tapi saya mmpunyai minat yg mendalam dlm ape jua jenis biz…..cuma kekangan modal n pengalaman je jadik masalah….
so skunk ni saya btol2 berminat dlm biz dobi ni….dh lame plan nk bukak biz ni..tmpat dh ade ..family pon bagi sokongan….cume skunk ni saya btol2 blur, n x tau nk mula mcm mana???dan lagi satu saya langsung tak tau harga2 mesin dan juga mesin-mesin yg diperlukan
sbb saya pon diploma dlm bidang telekomunikasi….so bab2 biz ni mmg xde pengalaman langsung….
so saya harap sangat2 cik azam atau pun en shah bole bantu saya dlm hal ini….
@Haris, sila cek email.
Salam..sy bekas pekerja yg telah diberhentikan kerana kegawatan ekonomi.Sedang mencari peluang perniagaan… dan amat tertarik dgn bisnes dobi nie, setelah membaca komen2 di atas.. tapi tak tau apa-apa ttg bisness ini. semoga ada pihak yg dapat memberi tunjuk ajar atau apa2 cadangan mengenai business ini.
@Zahrain, sila cek email
Saya bekerja kerajaan..tpi gaji mane nak cukup..so saya nak bukaka bisness nih secepat mungkin,,…sya tak sure sgt tp gamble jer nih..loan dah nk buat (blh tak advise selainn dr bank rakyat cara lain nak buat loan..RM80,000 cukup ker?lokasi putrajaya…and area yg saya dah tengok tuh ader dah dua kedai dobi..saya tgk byk sgt baju n bisness diorang..sekali saya pernah test tanya,seminggu baru siap,,sbb byk request..advise please bro…email me..thanks
@shahier,sila cek email.
askum, sy ada kedai dobi di usj…memang syg nak jual, tp atas sebab terpaksa tumpu pada kerja2 lain, sy terdetik nak jual…bary bukak 3 tahun, ade 1 unit dryer 30lb,2 mesin basuh LG Tromm (13kg berusia 1 tahun n 11kg berusia hampir 2 tahun),steam iron berusia 3 tahun,rak2 complete ngn penyidai,kaunter yg besar n cantik,sewa pun rm2k je(half lot,tapi atas n bawah..atas tempat lepak2),come with complete renovation atas n bawah…jujur ckp,untung bersih nearly rm2.5k monthly….ni sbb sy x tumpu sgt pada dobi..more to bisnes engineering kt tmpt lain..thats why nak jual kt sesape yg berminat..customer mmg ramai,sbb sy ada offer kad collection cop,cukup 8 cop,dpt free cucian comforter…kedai sy bukak dulu pkai cash,so xde history loan ngn along ke,bank ke..so,dun worry:)harga sy mula dgn rm50k je dulu…boleh nego…ade sesape berminat tk?
Sesiapa yang berminat boleh hubungi emailodie@yahoo.com
sy berminat nak beli dobi en dobi tu. mcmana nak dptkan detail.
Boleh email direct ke emailodie@yahoo.com
boleh bagi tahu dari awal nak buka kedai dobi saya dah minat sangat nak buka kedai dobi nii…
Hai Meisung,
Terima kasih melawat jomdobi.com,
1.Saya sarankan untuk anda download RP Dobi Percuma dan buat anggaran perbelanjaan. Ia langkah awal yang paling penting.
2.Hadiri kursus asas dobi atau dapatkan Ebook Manual Niaga Dobi sebagai pengganti Kursus.Dari situ saya yakin 80-90% info berkenaan dobi dah ade dan anda boleh buat keputusan samaada niagi dobi ni sesuai atau tidak dengan jiwa anda.
3.Langkah seterusnya, kalau dah yakin dan tekad, boleh hadiri PGC – JIKA ingin memantapkan lagi pengetahuan mengenai niaga dobi dari segi pengurusan kaunter, pengenalan bahan pencuci dan sebagainya.
Terima kasih.
salam..
rujuk kepada masalah adik, di sini ingin dimaklumkan bahawa ada dobi untuk dijual dan menawarkan harga terbaik & memuaskan hati adik. siap LENGKAP semua peralatan.. Barang-barang – ” WASHING MACHINE (10KG), DRYER MACHINE, WALL MOUNTING HANGER, PARTITION CABINET, TABLE RECEPTION, AND ACCESSORIES.
Owner nak jual kesemua peralatan dgn harga lumpsum RM 9k (nego). Nak jual sebab owner nak pindah ke Melaka. Lokasi dobi di SG RAMAL KAJANG. Boleh tengok dulu. No tel : 0126596121/0123026121 (EN. HALIM)
sia pun dah nak start bukak kedai dobi jv ngan kwn sia kat kk, are universiti..tq sbb sia bleh dpt maklumat kat sini…hehehe..
@Sus, tahniah..jgn lupe download RP Percuma dan dapat tip terus ke email Sus.
saya berminat nak buka dobi…tp tak tau nak mula macam mane…tolong bg nasihat
@Salam Man, saranan saya.
1.Download RP Dobi Percuma. Mulakan dgn RP sebagai langkah awal.
2.Hadir kursus Asas Dobi atau dapatkan Ebook Manual Niaga Dobi, sebagai langkah awal mengenali perniagaan dobi.
3.Kalau nak mantap lagi, hadiri PGC. Untuk mendapat latihan amali pengendalian kedai dobi.
saya seorang suri rumah,saya berminat untuk menjalan kan perniagaan dobi d rumah,boleh encik bagi senarai harga yang dikenakan pada pelanggan,tq
Kepada tuan2 dan puan2 sekalian, salam sejahtera buat semua terutamanya pengasas JOM DOBI, En. Azam.
Yang penting yang saya nak sarankan di sini ialah, tuan kedai sendiri mesti mengetahui segala selok belok perniagaan dobi dari penerimaan baju, cara mencuci, cara mengering, cara menggosok, cara melipat dan cara membungkus di dalam plastik yang sesuai. Bagi yang baru2 bukak kedai tu, sila lah buat full time. Berhenti kerja memang orang kata berisiko tetapi itulah hakikatnya untuk memajukan perniagaan. Terlalu banyak dobi yang bertukar hakmililk dan bungkus di malaysia ni kebanyakannya berpunca daripada tuan kedai yang tidak komited dan terlalu mengharapkan pekerja. Tuan kedai jugak terlalu takut untuk berhenti kerja demi memajukan perniagaan sendiri. Akibatnya, pelaburan berpuluh ribu dan mungkin mencecah ratusan ribu dibuang begitu sahaja gara2 kelalaian sendiri.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua usahawan dobi yang baru bukak kedai, semoga segala nasihat di dalam ruangan ini diambil kira sebagai panduan kini dan masa depan.
@Izham Shaari, terima kasih melawat jomdobi.com. Saya setuju dengan yang saudara katakan. Bukan senang untuk berniaga, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Jangan meniaga sebab ikutan. Perlu ada ilmu dan panduan. Objektif jomdobi.com adalah memberi bimbingan, berkongsi pengalaman dan bantuan sekadar mampu.
Jika saudara Izham ada artikel yang boleh dikongsi, saya amat mengalu-alukan.
shah-jomdobi. com
salam,
sy beminat tentang bisnes kedobian ni. tolong kongsikan contoh proposal utk dobi layan diri dgn saya. tolong emailkan kepada sy di earngain@yahoo.com. kerjasama anda sy hargai..
Saya ada kedai dobi yang nak dijual..actually nak jual sekali dengan company2..siap semua dah ada..track record yang bersih, cash sales yang agak mantap dan dah ada few contract dapat..mesin pun ada, kedai dah renovate cantik..location strategik kat seri kembangan.area mmg ramai org mendobi.sape2 berminat, sila contact saya 0126810745
salam en azam, saya ada memiliki dobi kecilan di kawasan apartment (~ 400 unit) dan tertarik dengan comment En Azam (May 2009) berkenaan ’special servis’ yang boleh mendapat profit margin tinggi. Contohnya servis untuk hilangkan karat pada baju, hilangkan ‘taik lalat’, hilangkan ink, ball point dan maker pada baju. Boleh En kongsi bahan khas dan cara2 penggunaan untuk hilangkan kesan2 tersebut. Saya cuba menggunakan bahan seperti klorox dan varnish tetapi tidak berjaya. Saya dahului ucapan terima kasih.
@Jue, sila cek email
Terima Kasih En Azam. Email dah diterima.
@Jue, sama-sama.
cara nak buka kedai dobi permulaan dan peralatan.cara nak dapat buku manual buku dobi
@amram, terima kasih melayari jomdobi.com.
1.Saya amat-amat syorkan Amram download RP Percuma.
Dari situ buat anggaran secara kasar bajet yang sanggup dikeluarkan untuk kedai dobi.
2.Hadir ke Kursus Asas Dobi ATAU dapatkan Ebook MND untuk tahu keperluan dan asas dalam perniagaan dobi. Pengetahuan asas amat penting untuk menilai kemampuan diri dan keserasian perniagaan dobi dengan Amram.
3.Andaikata Amran sudah nekad untuk membuka perniagaan dobi dan ingin buat persediaan lebih lanjut lagi, Amram boleh hadhiri PGC. PGC akan mengajar dan mendedahkan Cara sebuah kedai dobi beroperasi, bermula dari menerima pakaian pelanggan sehingga pelanggan mengambil semula pakaian yang dihantar. Diantaranya adalah cara mengendalikan pakaian bermasalah seperti karat dan sebagainya.
Saya dalam perancangan untuk membuka kedai dobi…boleh bagi cadangan mesin yang diperlukan bersama dengan kos sekali…Nak buka dobi biasa je dulu termasuk basuh toto dan karpet.Saya ada dapat satu harga pakej RM 12,000 dengan 1 mesin Washer Maytag (8 kg) dan 1 mesin Dryer (8 kg) adakah bersesuaian dengan konsep yang saya mahu.
@ En.Azam boleh bagi cadangan lain.
@Azura,terima kasih melayari jomdobi.com
Ada 2 isu berbeza disini, Pertama harga pakej mungkin sesuai dengan bajet mesin. Kedua Kesesuaian mesin juga perlu diambil kira. Berdasarkan info yang ada, mesin sudah boleh digunakan untuk memulakan perniagaan dobi. (tidak termasuk kos keperluan lain, seperti kaunter, tangki air, pam air dan lain-lain).
TETAPI mesin yang digunakan tak sesuai untuk membasuh karpet dan toto, kerana bukan semua toto boleh dibasuh dengan model top load, jika boleh pun ade risiko lain, seperti kosak dan karpet serta toto ni ada pelbagai material dan saiz.
Dryer 8 kg, juga sesuai digunakan, tetapi pada load yang sikit – kurang 8 kg – tempoh pengeringan antara 30-45minit. Kalau dobi dah ramai pelanggan, kenalah tambah atau tukar ke mesin yang lebih besar. Saya bagi contoh pengiraan, Waktu operasi katakan 12jam (9 pagi – 9 mlm), katakan berat pakaian yang boleh dikeringkan dalam tempoh 30min- tanpa diulang kering adalah 2kg. Bermakna jumlah pakaian yang boleh diambil untuk dibasuh adalah 48kg. Kalau 1 kilo = 2.00$, kutipan jualan adalah $96.00 sehari. Banyak tu, untuk kedai yang baru.
Tapi, kalau pelanggan hantar 8kg baju, boleh ke pakaian tu kering dalam tempoh 30-45 min?, selalu ke pelanggan yang hantar baju ngam-ngam 2kg?, kalau pelanggan bagi baju pagi – bila dia boleh ambil balik baju tu?, malam hari yang sama?, atau pagi besok?. Itu baru seorang pelanggan, kalau ade sehari 10,20,30 pelanggan, mampu ke untuk mesin yang ade tampung rezeki yang datang mencurah-curah?.
Hanya pandangan saya, banyak aspek yang perlu diambil kira. Sebagai permulaan memang sesuai, tapi mesin pun kenalah ditambah, kalau nampak peluang untuk berkembang tu ada. Sebab dobi ni, servis perlu cepat dan bersih. AM-PM, bagi pagi, petang siap. Bagi petang, pagi besok siap. Janganlah bagi pagi, 3 hari baru siap. Akibatnya…berciciranlah pelanggan berlari ke kedai dobi lain.
Terima kasih dengan pandangan saudara….
Berapakah jumlah mesin dan kos minima yang diperlukan ?
Adakah pihak tuan menyediakan khidmat jualan mesin ?
Saya rancang buka dobi di Kemaman,Terengganu.
Saya ingin meminta pendapat rakan2 di Jom Dobi.
Saya telah mengusahakan dobi hampir setahun setengah dan sekarang telah berjaya membuka cawangan kedai pada bulan julai 2009. Masalahnya sekarang setelah lama menunggu saya mendapat tawaran kerja di Jabatan Kerajaan yang memang menjadi cita2 sejak saya tamat pengajian ijazah sarjana muda.
saya memang boleh tinggalkan dobi saya di tangan pekerja saya memendangkan masing2 pekerja adalah jujur, cuma saya risau dalam soal komunikasi pelanggan dan layanan yang diberi.
@Hazris, pandangan saya. Ada dua pilihan. PERTAMA: Kalau pendapatan dari 2 buah kedai dah berbaloi, boleh lupakan tawaran dari Jabatan Kerajaan. KEDUA: Kalau cita2 mengatasi segalanya dan sayangkan perniagaan, masih boleh juga diteruskan
. Tapi jangan menaruh harapan 100% kepada pekerja, walaupun jujur setakat ni. Buat satu ‘operation manual’ yang perlu diikuti oleh setiap perkerja, yang merangkumi proses menerima pakaian sehingga pakaian dipulangkan kepada pelanggan. Contohnya – Pekerja perlu mengucapkan Selamat Pagi dan Terima kasih kepada pelanggan. Pakaian pelanggan perlu disiapkan dalam tempah 3 jam. Setiap Aduan pelanggan perlu dimaklumkan kepada Hazris. Wang kutipan perlu dibank-in kan setiap hari ke dalam bank tanpa gagal.Simpan slip dan poskan salinan ke Hazris dan sebagainya. Kalau ada duit lebih, boleh pasang CCTV. Hazris boleh tinggalkan tel no kepada pelanggan tetap, jadikan mereka sebagai mata Hazris. Lubuk kita mencari duit, kenalah jaga dengan baik.
Boleh saudara bagi cadangan jumlah pekerja yang diperlukan untuk membuka kedai dobi dari jam 9 pagi hingga 10 malam…
@Azua, bergantung kepada besar dan biz yang ada. Kalau kedai kecik dan baju tak banyak, seorang dah cukup.
Boleh buat anggaran pekarja cukup atau tak, bila banyak baju tak siap – tapi bergantung juga kepada faktor kewangan. Penghujungnya keputusan boleh dibuat berdasarkan berapa $ masuk ke kedai. Dan dari situ boleh diagihkan untuk perbelanjaan kedai/overhead. Kedai saya menggunakan 4 orang pekerja – 2 sesi pagi dan 2 sesi petang dan kedai yang hanya menggunakan 2 orang pekerja sehari. Gaji pekerja juga bergantung kepada lokasi dan taraf hibup kawasan.
Jadi saya syorkan Azua download RP PERCUMA Dobi. Isi maklumat yang diperlukan dan Azua akan dapat anggaran keuntungan sebulan kedai Azua.
Berapakah jumlah mesin dan kos minima yang diperlukan ?
Adakah pihak tuan menyediakan khidmat jualan mesin ?
Saya rancang buka dobi di Kemaman,Terengganu.
Boleh saudara bagi cadangan kapasiti dan jumlah mesin yang diperlukan untuk membuka kedai baru…dengan kemudahan basuh biasa,gosok pakaian,toto dan karpet.
Macam mana saya nak dapatkan sebutharga dan pengedar kawasan Kemaman,Terengganu ?
saya berminat nak buka kedai dobi boleh tak tolong bagikan jenis2 mesin yg diperluka dan kos minima yang diperlukan bagi sesebuah kedai dobi bagi permulaan
Berapa harga mesin Dry Cleaning…
@Azua, Mesin Dry Cleaning antara RM80k ke RM200k. Bergantung kepada kapasiti dan model.
Mesin Aqua Wash antara RM32k keatas. Boleh survey.
1-Sekiranya kawasan perumahan padat penduduk 95% melayu-kwasan baru ,rumah teres-pendapatan bulananan Rm1500-Rm5000. sesuai atau tidak untuk membuka kedai dobi.
2-Apakah faktor sesorang itu memilih menghantar pakaian ke kedai Dobi?..Rumah dah ada mesin basuh..cthnya.
3-Sewa kedai berapa yang harga maxima(Rm 2000cth) bg kawasan sedang membangun.
4-Normal untuk promosi apa yang di pengtingkan.
Mesin yang sesuai dan jenama yang dishorkan,
5- Apakah pekara yang susan bila mendobi.
Terima kasih
A’kum Abg Azam,
Boleh tak kalau saya nak dapatkan quotation on basic equipments and cost related untuk bukak dobi e.g. detergen,dryer, washing machine, iron. Saya bercadang nak try bukak dobi di kawasan perumahan baru di Johor Bahru. So untuk awal2 ni, kalau bole nak buat basic kira2 nak tengok modal yang diperlukan.email saya mohamad.adam@gmail.com
terima kasih.
@Salam Adam, tahniah berminat bukak dobi, TAPI jangan try-try
. Alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Semua info yang Adam nak, ade dalam MND. Kalau nak RP Dobi boleh download di jomdobi.com
Salam,
harap en haris boleh bagi saya tips utk hilangkan karat baju, taik lalat & ink… harap tips saudara boleh membantu saya…
salam
saya nak tau mane boleh pergi kursus tuk bukak kadai dobi….
ada sebarang info leh email saya meerlyn_86@yahoo.com.my
terima kasih
dobi azua kat mane