Beli DOBI – Cara Ekspress Miliki Perniagaan Dobi
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

2 bulan lepas saya berjumpa dengan kompetitor dobi yang ingin menjual kedai dobinya. Agak terkejut juga bila kompetitor buat tawaran beli kedai dobinya yang selang satu kedai dari kedai dobi saya.
Alasannya, tiada orang yang nak menguruskannya (Kedai diuruskan oleh sahabat saya dan makciknya) sebab makciknya kurang sihat. Tawarannya RM45,000.00 . Iaitu termasuk semua rak baju,almari, 2 dryer Model Elektrolux -30paun, 4 washer Model Toshiba 13kg, 1 steam iron model ITALY-tangki besar yang boleh tampung 2 steam iron sekali gus dan sewa kedainya sekali. Tapi melihat kepada kedai, saya lebih berminat dengan Dryer dan Steam ironnya sahaja. Anda tau berapa harga yang di tawarkan? RM30,000.00. Dipendekkan cerite, saya cakap saya pikir dulu.
Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum beli Dobi, walaupun ia cara ekspress untuk anda memulakan perniagaan dobi ni. Anda perlu kaji selidik beberapa perkara untuk memastikan kenapa perniagaan itu nak dijual.
1.Anda perlu ingat, setiap mesin atau peralatan mempunyai susut nilai tertentu.Contohnya 15% setahun,Ia sebenarnya akan menentukan harga logik jualan. Keadaan dan kualiti mesin juga amat penting untuk menentukan harga mesin – dah tentu ‘on running condition’.
2.Jumlah jualan yang dibuat. Anda boleh periksa dari rekod jualan, penggunaan air – bil air, bil elektrik, resit gas, resit belian sabun. Dari maklumat ini anda boleh buat anggaran jumlah basuhan yang dibuat dalam sehari, seminggu atau sebulan. Seterusnya berapa sales sebulan dan anggaran net profit yang diperolehi.
3.Pastikan baju,toto yang ade dikedai tu, milik pelanggan dan bukan milik tokey kedai yang sengaja diletak atur untuk buat-buat banyak baju.
4.Cubalah guna servis kedai tu, bagus ke tidak, busuk ke wangi, cepat ke lambat, hilang baju ke tidak.
5.Customers base berapa ramai. Cuba buat purata pelanggan sehari dari maklumat buku resit yang diberi.
6.Cuba buat anggaran kos tambahan yang anda perlu anda laburkan jika keadaan kedai tu perlu anda cantikkan atau tukar konsep. Contohnya nak kena beli mesin baru ke, atau tambah iron ke atau nak kena cat kedai atau buat kaunter baru ke….
7.BELI MESIN DAN PERNIAGAAN SAHAJA, BUKANNYA SYARIKAT. JADI TUKARLAH NAMA KEDAI. Bukan apa, takut nanti kedai tu ade berhutang dengan along,bank dan tuntutan dari pelanggan yang hilang baju.
Sebenarnya bukan mudah untuk beli kedai Dobi, kena selidik dulu, kite taknak nanti yang dibeli bukannya emas tapi kaca pada harga emas. Kalau anda perlukan bantuan, silalah hubungi saya, sedia membantu, mungkin ade yang boleh saya tolong sekadar yang saya mampu.
Ok.. Jom DOBI
Comments (75)






Salam…..
sy plan nak buka kdai dobi dlm beberapa bulan akan datang nie….just tnggu duet ckup jer nie…..tp sy langsung xde pgalaman ataupun ilmu ttg dobi nie,just tau hantar jer,huhu……arap en azam blh tolong ceritakan n bg panduan dr A-Z….OK??
@Zamir, tahniah minat dengan dobi. Kalau nak caritekan dari A-Z, susah sangat tu. Kalau PGC pun dari pukul 10.00am sampai 6.00pm. Naik kematu kalau nak menaip keyboard.;-). Asasnya.
1.Download RP Percuma dan buat analisa dari RP.
2.Hadir Kursus Asas Dobi atau dapatkan Manual Niaga Dobi untuk tahu mengenai selok belok perniagaan dobi secara kasar.
3.Untuk Mantapkan diri sebelum buka kedai dobi, hadir PGC
Kalau Zamir, nak beli kedai dobi boleh baca KAT SINI.
Salam, saya nak jual mesin dobi. Primus dryclean washing machine, 1 dryer Huebsh, 2 steam iron, 1 iron board. harga boleh dirunding. sila hubungi shahril 0133455845. lokasi Taman saujana utama sg. buloh.
A’kum Abg Azam,
Saya juga berminat tentang servis tambahan utk hilangkan karat, taik lalat, ink dsbnya.
Harap boleh membantu saya atau email ke azlin_shah22@yahoo.com
saya dari tawau sabah, berminat tentang bisnis dobi. masalahnya mesin cuci, sabun atau yang berkaitan dengan cucian dobi tidak ada pembekal di kawasan ini. bagaimana cara untuk mendapatkan semua bahan-bahan yang digunakan dalam cucian dobi ini?
@kas, saya kurang pasti tentang pembekal mesin di Sabah, sebab kebanyakkannya berada di KL dan cuma tambah kos penghantaran dan pemasangan. Tentang sabun, saya yakin banyak pembekla di Sabah.
Salam,
Pertama sekali, nak ucapkan terima kasih di atas tip2 yang diberikan di atas…sangat baik. Sekurang2nya saya buleh berhati2 bila memilih untuk membeli bisnes dari pihak lain.
Saya sekrg ni tengah mencari peluang untuk menjalankan bisnes dobi…tapi nak carik dobi yang sedia ada (ambil alih dari pihak lain).
Ada cadangan atau tau mana2 kedai yang nak dijual?
Area Wilayah & Selangor.
u nak cari kedai dobi.i punyer kedai nak let go.tak jadi nak jalankn dobi tu.semua barang dah set up.klu berminat boleh call saya.antarkan no telefon awak kat email sy.nnt saya call awk
mayacapone@gmail.com.kedai di ara damansara nzx business center.pj
ada kedai dobi nak jual kat damansara.
dan saya juga ada nak jual 2nd hand steam ion dan dryer segera. o10-4410549
ada kedai dobi nak jual kat damansara.
dan saya juga ada nak jual 2nd hand steam ion dan dryer segera. o19-4410549
Saya ada melawat beberapa kedai dobi yang ingin dijual. walau bagaimanapun, saya tidak tahu bagaimana hendak menentukan harga jualan perniagaan tersebut berpatutan atau tidak.
Harap dapat membantu.
Saya ingin memiliki kedai dobi area wangsa maju, taman melawati,taman permata atau ukay perdana. Jika sesiapa mengetahui ada kekosongan untuk pindah milik sila sms saya ditalian 0123944838.
salam sejahtera… saya ingin mendapatkan supplier detergen powder, detergen liquid utk aqua wash, softener utk aqua wash, hanger tebal, plastik n dll barangan kelengkapan dobi… sapa yg ada maklumat ‘one stop centre’ unt dobi di sekitar utara??? tlg share please.. kalau ada maklumat sila hubungi saya di talian 013 9677508
salam,saya ada nak jual kedai dobi sekyen 16 shah alam
hubungi saya klau beminat 0133130848
salam…sy bminat utk mmbuka kedai dobi. soalan pertama sy, wajib ke utk menghadiri kursus? soalan kedua, kursus yg ditawarkan byk tp ada suggestion kursus mana yg bagus? soalan ketiga, senang ke dpt loan utk buka kedai dobi? terima kasih. harap dpt membantu. aznidawatiahmad@yahoo.com
Nida, tak perlu hadhir kalau dah tahu selok belok dobi. Tapi Lebih baik hadhir kalau nak tahu pasal perniagaan yang kita nak invest. Kursus dobi atau Kursus Asas Dobi selalunya mengajar tentang Asas perniagaan dobi, contohnya cara memilih lokasi yang baik, mesin yang sesuai dan lain2.
Kursus yang bagus ?. Saya tak dapat nak bagi jawapan kerana terpulang pada Nida dan bajet. Antaranya Kursus dari E-DOT dan Laila Mukhtar. Jomdobi.com juga ada mengadakan PGC (Latihan Amali Pengedalian dobi secara Personal Group Coaching) ia lebih kepada latihan praktikal kepada usahawan yang dah tahu asas dobi. Ebook MND pulak tentang Asas Dobi.
Lebih baik kalau guna duit sendiri dulu, bila dah cukup 6 bulan boleh apply loan MARA. Selalunya susah nak dapat loan kalau nak bukak kedai baru.
salam..
saya berhajat nak bukak kedai dobi.Cumanya saya kurang pengalaman dari semua segi.Peringkat awal nih saya cuma nak tau budget nak dapatkan peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan dobi.Pemulaan ni saya nak tau harga mesin yg dpt basuh dan mengering sahaja.Harap dapat jawapan sewajarnya…
tima kasih..
Salam.
En Anwar dah jual ker kedai dobi kat sek 16 s.alam tu. saya berminat.
Kedai Dobi di Area Aman Perdana Klang Untuk dijual / ambil alih.
Maklumat lanjut boleh call / sms ke sini ek : 017-6228006
Salam,
Saya tertarik untuk menjalankan perniagan dobi…saya nk cari kedai dobi yg hendak dijual (ambil alih) di kawasan sekitar gombak, wangsa maju dan sekitarnya.
minta tolong kepada sesiapa yg ada maklumat tentang kedai dobi yg nak dijual disekitar tempat yg saya sebutkan tadi…
boleh hubungi saya di 019-3850160.
terima kasih…
Salam… sy minat nk bukak kedai dobi area kajang/bangi, tp sy xde pengalaman langsung.. dan xtau ape2 tentang kedai dobi nie.. boleh tak tolong sy.. 012-6552996 email amois82@gmail.com
DOBI UNTUK DIJUAL(SEGERA)—>Lokasi = Ampang
)
HARGA: RM48,000 nego(harga boleh runding
Syarikat ini telah beroperasi selama 2 tahun.
Peralatan asas dobi yang disediakan adalah seperti berikut:
Terdapat beberapa buah mesin dan peralatan dalam keadaan baik dan bersedia untuk dibuat operasi. Antaranya adalah seperti berikut:-
– Mesin Combo Front Load Washer & Dryer
– Mesin Comercial Dryer
– Steam Ironer(set)
– Mesin Washer Top Load(Heavy)
– Rak2 pakaian, almari, ampaian, DLL
Lokasi:-
– Dikedudukan yang amat baik, srategik dan menarik.
– Pelanggan sedia ada serta berpotensi tinggi untuk maju.
– Dikelilingi beberapa buah taman, apartment dan kondominium mewah.
–Mempunyai fasilitis yang baik serta dekat dengan beberapa kemudahan awam, pasaraya, restoran DLL. Jika perlu, ianya boleh beroperasi bila-bila masa sahaja.
Sebab2 dijual:-
–kami ada 2 dobi yang sedang beroperasi serentak, jadi kami ingin menumpukan tumpuan bisnes kami keatas satu dobi sahaja, iaitu dobi yang lagi satu
Berminat:-
Sila hubungi : En. Wahab(019-2993604) dengan segera!!
)
(Sila hubungi dan buat temujanji dahulu, sebarang maklumat yg lebih detail hanya akan diberikan ketika sesi temujanji, harap maklum dan terima kasih
salam..saya dan isteri ada buat perancangan nk buka kedai dobi..tp dr segi ilmu dan pengalaman berkenaan ni kami xde langsung..bole minta tunjuk ajar..sekian..
Saya mencari Kedai Dobi sekitar Cheras,arap bantuan dri pihak yg ingin menjual.harga berpatutan.
Salam…saya bru saja beli kedai Dobi di area d’sara..
Saya nk dpt kan tip bgmana nk mulakan bisnes ni dan
Step by step menggunakan detergent…minta bantuan ye???
saya pun nk mulakan bisnes dobi….d sekitar johor..sape leh bantu saya..0137159321