Bisnes Dobi Selepas 6 Bulan ?

Salam, saya sambung posting yang lepas. Selalunya selepas 6 bulan satu ‘post mortem’ akan dibuat. Kita nak tahu apa yang dah terjadi pada ‘performance’ perniagaan dobi kita. Perkara yang penting dah tentu kita nak tengok , tercapai atau tidak target yang telah disetkan. Kalau sale tak naik atau tak pick up, cuba buat seperti senarai dibawah. Ini yang saya lakukan masa mula-mula meniaga dobi.

1.Cetak flyer edar ke kawasan berdekatan, tujuan untuk refresh penduduk setempat tentang kedai dobi kita.

2.Hantar flyer atau sebut harga ke BUTIQ,KATERING,SPA,SEKOLAH,BANK. Kalau catering dah tentu nak basuh pelapik meja, kalau bank selalunya depa pakai coat (dry cleaning) macam AMBANK.

3.Rancang untuk adakan pickup & delivery. Yang ni kena buat survey betul-betul, sebab ada kos tambahan macam minyak kereta,motor dan waktuyang tepat. Mungkin boleh ditawarkan kepada pelanggan tetap, atau pelanggan kontrak. Kalau boleh mintak deposit dulu.

4.Buat PROMOSI, contohnya ‘BUBBLE DAY’, ‘GILA DAY’ atau apa-apa day aje, pada hari-hari tertentu. Tawaran basuh toto istimewa RM7.00 satu toto,atau hantar satu toto basuh free satu toto, atau hantar 2 toto percuma basuh 1 toto. Hari yang sesuai ialah Hari Ahad, kerana waktu ni ramai yang cuti jadi selalunya ada banyak masa untuk kemas rumah dan…family day.

5.Repeat 4 perkara diatas setiap 6 bulan. Kalau sales dak ok…agak-agak waktu yang sesuai.

Jangan menyerah kalah. Cuba dulu sebaik mungkin, cuba dulu cara dan teknik yang belum penah dicuba. Kalau gagal jugak maknanya tiada rezki. Kita berusaha dan berikhtiar, Allah yang Esa tentukan.

Jangan lupe klik butang  Facebook Share diatas :-) .

Blog Widget by LinkWithin

Subscribe Jika Artikel Ini Bermanfaat

Ada Banyak Lagi  Panduan, Tip dan Artikel yang Bermutu.

Nama:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

Leave a Reply