Bukan Pasal Dobi TAPI Pasal Dr. Azizan Osman.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ni saya nak berkongsi tentang Dr. Azizan Osman. Kalau sebut namanye mungkin ada yang dah kenal dan mungkin juga tak. Alah…Dr yang letak tangan kat kepala tu.

Dr Azizan Osman.

OK..semuanya bermula bila saya hadir ke Seminar Marketing Power di Ipoh pada 13 Oktober. Memang ramai… macam yang orang kata..penuh satu dewan.  Selama 3 jam yang sejuk terpaksa tahan kencing sebab tak nak terlepas walau satu perkataan pun yang keluar dari mulut Dr. Azizan Osman. Antara yang MELEKAT kat kepala ni ialah….” Kalau dah berniaga 3 -5 tahun dan tak kaya kaya memang ade masalah dengan perniagaan yang dibuat “….rasa macam kena sepak dengan kasut aje masa tu. Lepas tu,  saya antara orang yang pertama isu borang untuk Program AMP, sedang yang lain duk khusyuk dengar tip-tip dari Dr. Azizan Osman. Sebab orang yang terawal daftar untuk AMP pada malam tu akan dapat special price.

AMP – Advance Marketing Power 28-30 Oktober berlangsung di Wisma MCA. Lebih kurang 1600 orang yang datang di dipecahkan kepada 3 group, peserta Diamond, VIP & General. 3 hari yang penuh dengan ilmu dan semangat, serta idea yang tak pernah terpikir, walaupun ada depan mata. Kisah motivasi dan testimonial dari mereka yang biasa-biasa dan kini luar biasa. (SHAWAL- Bihun Sufi, Hana Gold, Kiddie Universal, Hi-GoatHj Asri LifeRich ).

Melihat perniagaan yang sedang dijalankan dari perspektif lain, rupanye ada cara yang lebih baik untuk dikembangkan. Pengisian Rohani dan Jasmani.  Jumpa sahabat sealiran Abang Jamil E-dot dan Firdaus dan network baru. 300+…bukan 30,tapi 300+ teknik pemasaran yang dikongsi.  Yang ni termasuk Afdlin Tauki..BOBOI yang dijemput khas secara tak sengaja. Ade cerite disebalik nama BOBOI…hangatkan BOBOI.

Diakhir AMP, banyak tools yang dikongsi dari tetamu jemputan, antaranya Print Monster Design House, CAV Production House – kalau tak silap dan  Condev App. 50% diskaun untuk semua tools yang digunakan untuk pemasaran.

Dan akhirnya juga secara tak sedar rasanya ilmu selama 3 hari tu masih belum cukup lagi, masih ada lagi yang boleh ditambah…maka akan terjebak dengan Platinum.

Sharing is Caring.  TIP…kalau anda hadir ke Program Dr Azizan Osman…pastikan anda duduk paling dekat dengan kaunter bayaran, sebab bila ada tawaran harga istimewa anda orang paling dekat dengan kuanter bayaran. Lawat ke SINI untuk program yang lain, tak rugi kerana jaminan pulangan wang dari Dr Azizan Osman…FAST ACTION FAST RESULT. ( Selama 3 hari ketulan batu karang membesar kerana tahan kencing) – (Klik untuk Imej Besar),

Shah MK.

Blog Widget by LinkWithin

Subscribe Jika Artikel Ini Bermanfaat

Ada Banyak Lagi  Panduan, Tip dan Artikel yang Bermutu.

Nama:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

Leave a Reply