Cara Songlap Duit di Kedai Dobi.

Selamat Bercuti sekolah dan merehatkan badan. Bagi yang ada tender dobi dengan sekolah dah tentu masa cuti ni masa untuk rehat, sebab tak de baju nak dibasuh dan boleh jadi ‘claim’ nanti short 2 minggu pada hujung bulan. Tapi dah nama tender dengan sekolah, itulah risiko yang kena tempuh. 2 minggu aje bang..tak lama. (Macam nak sedapkan diri sendiri aje
.
Dah banyak yang bertanya kenapa ‘collection’ kedai dobi makin berkurang, bila bagi orang lain jaga, berbanding dengan semasa kita jaga kedai. Pelanggan dah lari ke, atau dah tak suka kat kedai dobi kita ke?. Macam-macam andaian yang dibuat dan ada banyak sebabnya.
Kat sini saya nak kongsi cara songlap duit di Kedai Dobi.:-). Jangan salah paham, tajuk kat atas tu boleh jadi macam ni….CARA PEKERJA SONGLAP DUIT DI KEDAI DOBI !. Senang aje.
1.Pastikan tokey kedai dobi tak de di kedai. Lebih selamat kalau tokey dah lepas tangan 100% kat kita. Jadi kita kena rajin masa mula-mula kerja untuk dapatkan kepercayaan dari tokey.
2.Lebih baik kalau tokey kedai guna NCR (buku resit dobi) 2 helai, kalau guna 3 helai pun boleh songlap jugak.
3.Ada 3 salinan, setiap satu dengan warna yang berbeza – lazimnya. 1 untuk pelanggan, 2 untuk kedai dan 3 untuk rekod kedai (selalunya tak diceraikan dari buku resit).
4.Bila pelanggan hantar baju dobi, tulis pada salinan pertama harga asal -cth RM10.00, pada salinan kedua dan ketiga tulis RM6.00. Dah untung RM4.00, seorang pelanggan. Tapi sebelum tu kenalah lapik kertas lain kat bawah 1st copy, supaya tak berbekas pada 2nd copy. Kalau ade 20 pelanggan sehari..fuh banyak tuuuuu.. Lebih-lebih kalau tokey cuma angkat telefon aje tanye sales berapa? atau datang collect duit aje. KITA KAYA..KITA KAYA. Duit gaji dapat, duit songlap pun dapat.
TAPI kita akan KAYAP…jika.
1.Tokey kedai dobi selalu melawat perniagaan dobi kesayangan.
2.Tokey mewajibkan salinan resit dobi pelanggan dikutip semula dan dikepilkan dengan salinan kedua untuk tujuan pemeriksaan semasa tutup akaun harian.
3.Hanya salinan pelanggan sahaja yang menggunakan pen.
4.Tokey masuk dan keluar kedai tanpa diduga…
Tapi kalau nak hilang tu, nak buat camana kan. Kita cuma berusaha dan berikhtiar, selebihnya berserah kepada Nya..Amin.
Shah.
Comments (2)






rasanya kalau guna sistem berkomputer lebih cekap dan selamat….
terima kasih Azwan, boleh kongsi sistem yang diguna. Ramai gak yang bertanya. saya tak de pengalaman, masih guna manual.;-)