COL – Dah bersedia masuk tender?
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pelawat JomDOBI.com. Dah lama tak de post baru, agak sibuk sikit, banyak baju kena basuh. Makin banyak pelawat yang bertanya berkenaan COL (dobi layan diri) ni. Jadi post kali ni saya nak berkongsi pengalaman dan tip berkenaan COL. Kalau pasal mesin saya rasa semua orang dah tahu, saya pun tak boleh nak cerite lebih-lebih di publik pasal mesin, nanti akan anggap saya ‘bias’ pada satu-satu produk.
UiTM adalah salah satu lokasi yang menjadi rebutan ramai usahawan COL . Agak sukar untuk tembusi lokasi ni, kerana dah ade kontraktor yang mendapat kepercayaan pihak UiTM. Selalunya mereka ni memang tip-top dan memenuhi kriteria ketat UiTM. Setiap UiTM memnpunyai cara pengendalian kontraktor yang hampir sama, kerana mereka saling berkerjasama demi kebaikan dan kemudahan pelajar. Saya akan cerite secara umum persediaan yang perlu ada pada calon COL yang berminat untuk mencuba nasib menjalankan perniagaan di UiTM.
- Anda perlu benar-benar berpengalaman dalam COL, kerana mereka juga berpengalaman mengendalikan COL. Pengetahuan mereka adalah berdasarkan kepada kontraktor-kontraktor yang lepas. Jadi mereka tahu apakah jenama mesin yang terbaik untuk keperluan pelajar dan tidak memberi banyak masalah kepada pelajar.
- Respond time’ untuk ‘attend’ setiap ‘breakdown’ atau aduan perlulah cepat dan pantas. Kerana setiap aduan mempunyai merit kepada tahap keberkesanan kontrator.Sebarang report atau aduan oleh pelajar kepada pihak pentadbiran akan menjadi kayu pengukur, adakah anda kontraktor COL yang baik atau tidak. Kalau tak, maknanya anda sudah mendaftarkan diri anda untuk tidak disambung kontrak atau dinilai semula kontrak.
- Capital anda perlulah besar.Kerana selalunya anda perlu membayar sewa 12bulan serentak apabila kontrak disign. Kalau sewa sebuah mesin RM50 x 10mesin = RM500 sebulan x 12.Lebih mesin lebih,lebih lah kena bayar. Bil api dan air lain.
- Kos pemasangan adalah tanggungjawab kontraktor dan perlu mengikut spesikasi UiTM.
- Mesin sudah ready untuk dipasang apabila kontrak disign. Jangan baru nak order mesin bila kontrak dah dapat. Memang masalah besar tu.

Itu adalah antara tip kepada usahawan COL untuk mencuba lokasi di UiTM. Kalau anda tip-top di UiTM, maknanya anda tiada masalah di lokasi lain. Syarat yang ketat sebenarnya akan menjadikan anda seorang kontraktor COL yang berdisiplin dan berdaya saing.
Comments (3)






Macamana pulak kat apartment?.
Bape hg 1 coin slot?
Assalamualaikum,
Saya ada 2 washer dan 2 dryer jenama Speed Queen untuk dijual.
Kedua2 second hand dan coin-operated. Jenis top-load, drop coin, boleh ubah harga satu basuhan/kering.
Masih dalam keadaan baik dan TIDAK diguna di asrama.
Hubungi saya, Noza di 019-380-1775.