Dobi – Baju Turun Warna.

Salam dan selamat sejahtera.
Dalam Perniagaan dobi ni, ada pelbagai masalah yang akan kita berdepan sama seperti perniagaan lain. Masalah melayan kerenah pelanggan dan juga masalah teknikal. Salah satu dari masalah teknikal ialah baju turun warna. Mau menjerit bila tengok baju kuning dah jadi hijau, saya tahu sebab saya dah kena…hik hik hik…WA KENA BEB…dobi oh dobi..
Lagi pening kalau jadi polka dot, baju plak brand ‘glamour’ plak tu- mak datin punye, kalau kat pasar malam boleh dapat dalam $40.00 tapi datin punya pasal yang ori dan pirate nampak sama mahal harganya $400.00.
Saya kongsi dengan teman-teman salah satu cara yang digunakan sebagai langkah awal mencegahnya.
1.Selepas basuh, jika perasan baju dah turun warna, asingkan terus.
2. JANGAN masuk dryer. Sebab kalau masuk dryer..warna tu macam dah kena gam, jadi susah nak perbetulkan.
3.Rendam baju yang kena turun warna tu dalam air dan basuh semula @ rendam baju yang kena turun warna tadi dalam sabun untuk semalaman.
4.Cara ni sesuai untuk baju warna terang yang dibasuh bercampur warna lain. Contohnya warna kuning ada tompok warna hijau.
5.Kalau baju biasa yang turun warna sebab luntur, contohnya seluar jean biru terkena clorox…caranya….. hanya kirim salam aje, memang tak boleh betul dah, kecuali nak jadikan jeans biru tu ke warna putih semua.
Akhirnya….kita hanya mencuba, kadang-kadang nasib tak mau ikut kita.
Selamat Mencuba…
Shah.
*Jangan lupe share di fb, clik butang fb di atas, terima kasih.
Comments (1)








Salam Semua,
Macamana kalau baju nie tanahnya putih dan ada bunga2 warna cerah yang turun warna. Bila basuh tu, warna dari bunga2 tu kena kat tanah yang warna putih. Bagaimana nak hilangkan tompok2 warna tu sebab kalau direndam, makin bayak warna dari bunga2 yang akan turun dan lekat kat tanah warna putih tu. Siapa2 ada pengalaman, harap dapat share..tk.