Selamat berRamadhan….
Assalaamualaikum dan selamat soree, kami ingin memgambik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan semoga kali ini Ramdahan kita yang terbaik dari tahun-tahun lepas.
Dah lama tiada update dari kami kerana kekangan masa dan kerja. Ada banyak juga soalan dari pengunjung yang lambat kami balas. Jadi kami ambil kesempatan untuk mohon maaf dari anda semua.
Dalam bulan Ramadhan ni, selalunya rezeki berlimpah ruah, samada untuk peniaga atau pun pembeli. Kalau kita yang dalam perniagaan dobi ,waktu nilah ramai yang nak basuh toto, langsir, kusyen cover, baju melayu, songket dan lain-lain. Ada sahabat kita yang dah mula tak menang tangan, Alham dulillah….rezeki dan juga waktu untuk tambah amal pada masjid atau surau yang berjiran dengan kedai kita. Rasanya proses buat duit in akan berlangsung sehingga malam raya selalunya.
Kepada yang menggunakan khidmat dobi, jangan malu-malu untuk hantar semua pakaian,toto ..etc ke kedai dobi, bukan apa…waktu nilah harga Ramadhan akan berleluasa…discount sana..discount sini. Bukan ke tu rezeki anda sebagai pelanggan kami…pengusaha dobi.
Akhir kata kepada yang masih memiliki seorang wanita bernama ibu di dunia ini…tataplah wajahnya… Tengok & tatap jer dah dpt pahala;
1. Kaabah, 2. AlQuran, 3.Wajah Ibu kita.
Salam Ikhlas…
Shah.






