Dobi Francais
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat Ma’al Hijrah dan selamat tahun baru kepada semua. Selepas lebih sebulan notebook saya masuk ‘bengkel’, keadaan kembali normal.
Moral dari peristiwa masuk bengkel ‘SEMUA PLUG DAN CABLE DICABUT KELUAR DARI NOTEBOOK ANDA, KETIKA ANDA TIDAK MENGGUNAKANNYA – WALAUPUN ANDA DAH OFF SUIS, SEBAB KILAT MASIH BOLEH MENGALIR KEDALAM NOTEBOOK ANDA JIKA ADE CABLE YANG BERSAMBUNG DGN NOTEBOOK.
Saya mendapat banyak soalan berkenaan dobi, dobi berbayar (coin operated laundry),kos operasi,nak buka kedai baru dan sebagainya. Saya akan cuba menjawab dan berkongsi pengalaman saya sebaik mungkin dengan anda semua.
Kali ini saya akan memberi pandangan berkenaan kedai dobi yang dijalankan secara ‘francais’. Tapi sebelum tu,apa yang ditulis adalah pandangan peribadi dan anda mungkin tidak setuju dengan apa yang ditulis oleh saya, ia hanya perbincangan. Untuk memudahkan, saya akan berikan dalam bentuk point…..
Kebaikkan DOBI francais
1.Anda tidak perlu bersusah payah untuk memulakan operasi kedai dobi. Anda bayar kepada francaisor dan semuanya akan diuruskan oleh mereka.
2.Anda mempunyai backup dan rujukan sekiranya anda mempunyai sebarang masalah.
3.Anda boleh menggunakan/meminjam pengalaman dari francaisi dan francaisor anda sebagai bukti pengalaman apabila menyertai tender.
4.Anda mungkin boleh mendapat barangan pakai buang pada harga yang lebih murah. Seperti sabun,plastik, hanger dan sebagainya.
Keburukkan.
1.Terikat dengan terma yang ditetapkan oleh francaisi.Contoh jenis mesin yang perlu digunakan, pembelian stok barang pakai buang,royalti,penentuan harga perkhidmatan.
2.Anda tidak boleh mengawal kos atau bajet. Contoh anda tidak boleh menggunakan kontraktor anda dalam membuat ubahsuai kedai walaupun anda boleh mendapat harga yang lebih murah berbanding dengan kos yang diberi oleh francaisor anda.
3.Anda terpaksa membuat bayaran kepada perkara-perkara yang fikirkan tidak perlu. Contoh pembelian mesin yang tidak sesuai pada pendapat anda.
4.Anda perlu sedia membayar beberapa jenis fees, seperti francais fee, royalti, A&P fees, maintenance fees dan sebagainya. Kaedah bayaran selalunya samada one time payment atau secara berkala, iaitu setiap bulan atau setiap tahun, bergantung kepada francaisor.
Secara ringkasnya konsep francais sebenarnya melibatkan penggunaan wang pelaburan yang tinggi dalam memulakan perniagaan disamping terikat dengan terma-terma tertentu. Sumber pelaburan pula, samaada menggunakan duit sendiri atau dari bank, penghujungnya adalah kemampuan untuk membayar balik pinjaman atau mendapat balik pelaburan (ROI – Return of Investment). Selalunya bila kos pelaburan tinggi, harga servis kenalah tinggi. Sebab nak cover bermacam jenis fees yang dikenakan dan juga nak bayar pinjaman,overhead dan sebagainya.
Kalau letak harga servis tinggi,belum tentu cepat dapat cover ROI, kalau letak harga rendah pula, lambatlah dapat ROI. Itu belum lagi dengan persaingan dengan Dobi biasa yang menawarkan harga yang lebih rendah disebabkan oleh kos set-up yang rendah dan mutu yang sama dengan Dobi francais.
Kalau kos set-up RM200K untuk satu kedai Dobi francais, saya rasa dengan duit sebanyak tu, paling kurang boleh bukak 3 kedai dobi (1 main+2 branch).
Apapun ia adalah pandangan peribadi sahaja, anda mungkin ada pandangan sendiri.Bila melibatkan duit, selalunya perlulah melihat kemana ia digunakan dan siapakah yang menggunakan duit tu.
OK….JomDOBI.
Comments (3)






Azam, apakah risiko meniaga sendiri Vs francais?.
Saya bercadang untuk membuka dan memulakan perniagaan Dobi tetapi ingin tahu apakah asas-asas yang perlu dijalankan dan persiapan yang perlu ada.
@Wan Hashim, sila cek email.