Dobi – Harapan 2010. Langit Tak Selalu Cerah. Bhg 2
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
SEMPUT !. Itu perasaan saya bila baca surat khabar dalam 2 minggu lepas dan mungkin akan berterusan sehigga akhir tahun. Macam-macam cerita, yang anda semua pun tahu kan?. Harapan ..hanya satu sahaja, semoga negara tercinta Malaysia ini akan terus aman dan makmur..Insya Allah.
CERITA KEDUA
Cerita Kedua seperti yang dijanjikan, adalah mengenai seorang lagi sahabat saya yang dapat rezeki akhir tahun lepas yang melimpah ruah.
.

Pada awal mula niaga (kedai runcit), perniagaan dikira bagus, ditambah dengan lokasi dan juga pelanggan yang tak kurang ramainya. Syukur alhamdulillah, bila ada kesedaran dari kalangan pelanggan, yang melihat kedai mana yang perlu didahulukan dan kedai mana yang menjadi pilihan terakhir. Nak kaya tak boleh, tapi cukup sebagai langkah awal menjadi Umat yang meniaga dan Insya allah akan lebih maju.
Kemudian dapat pula tawaran buka Cafe di IPTA. Yang bagusnya tiada saingan dan perlu tampil dengan konsep yang berbeza. Pelanggan pula dalam 3,000 orang. Lokasi IPTA pula dalam hutan, kalau nak keluar ke pekan terdekat kena tunggu bas. Maka bercambahlah, perniagaan dari kedai runcit ke Operator Cafe…Ala-ala kopitiam.

Dari sebulan ke 6 bulan menjadi tokey Kopitiam. Bisnes maju dan sibuk kerana pelanggan yang ramai. Maka sahabat ini ambik keputusan untuk menjual kedai runcit yang menjadi tapak awal meniaga dengan alasan kurang untung berbanding Kopitiamnya.
Saya hanya mendengar cerita seronok dari sahabat tadi dan berdoa semoga ia terus maju. Tapi agak sedikit terkilan kerana keputusan yang diambil oleh sahabat saya tadi.
1.Tapak awal meniaga walau sekecil mana pun UNTUNG nya janganlah dijual. Sebab ia memberi UNTUNG bukan KERUGIAN. Walaupun hanya RM10.00 sebulan, tapi ia tetap untung bersih.
2.Meniaga dengan kontrak, perlu berhati-hati. Nama pun kontrak, tak mungkin boleh meniaga kat lokasi yang sama selama-lamanya.
Mungkin sahabat saya ada strategi sendiri, saya tak pasti pulak. Tapi itu lah pandangan saya bila berbual dengannya hari tu.
Kalau anda ade peluang macam tu….apa tindakan anda?
Shah.
Jangan lupe klik butang Facebook Share diatas
.
Comments (1)







Jauhari juga yang mengenal manikam.
Terlalu banyak pilihan juga masalah, yang penting perniagaan tetap berjalan. Tak kiralah apa apapun janji halalan toyiba. Tahniah pd kawan En Azam.
@Rizal, terima kasih. Walau sekecik manapun perniagaan kite, kalau dibuat betul2, lagi besar nikmatnya.