Dobi – Harapan 2010. Langit Tak Selalu Cerah. Bhg 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Post terbaru untuk tahun 2010. Agak sibuk sikit pada akhir dan awal tahun, macam-macam dari masuk tender, tutup tender, analisa tahun 2009 dan lain-lain. Apa-apa pun semoga perniagaan dobi kita semua akan bertambah maju.
2009 ada banyak perkara yang berlaku, ada yang baik dan tentu jugak yang tak baik. Tapi semuanya ada hikmah. Alhamdulillah. Macamana pula dengan perniagaan anda semua?. Apa harapan dan impian tahun ini?. Kepada teman seperjuangan Abg Jamil EDot, Laila Mukhtar dan semua yang lain semoga industri dobi ‘kite’ akan terus berkembang.
Bercakap pasal tender ni, saya ingin berkongsi dengan anda 2 cerita, tak berkait pun dengan tender, tapi saya rasa boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Cerita Pertama.
Ada seorang ‘Hamba Allah-AlRahman’ ni, meniaga kat dalam satu IPTA . Tahun demi tahun, kontrak yang ada disambung dan terus disambung sehinggalah 9 tahun. Bermakna selama 9 tahun dia berniaga tanpa sebarang masalah. Tapi bak kata orang, langit tidak selalu cerah dan bagi sahabat ni, langit dah cerah untuknya selama 9 tahun. Bila masuk tahun ke 10, tiba-tiba langit mula mendung, disangka mendung kejap aje…rupa-rupanya ribut petir yang melanda. Barulah dia sedar, selama langit cerah selama 9 tahun, 1 kaki payung pun tak dibeli, langsung tak de tempat berteduh.
Sudah kelam-kabut dibuatnya, dia pun mintak sokongan dari pelajar dan pensyarah, kumpul tanda tangan sokongan dan dihantar ke pihak atasan, supaya kontraknya disambung sebab dapat sokongan pelajar dan pensyarah. Tapi..apakan daya kita hanya menumpang di tanah orang, bila sampai masa kita kena keluar juga. Terpaksalah sahabat ni keluar dengan berat hati dan mencari tapak baru diluar sana yang lebih hebat dugaannya. Saya berdoa semoga sahabat saya itu tabah dan yakin. Allah yang Esa itu maha pemurah lagi penyayang.
Sahabat saya tu sangat bertuah, kerana dapat kontrak selama 9 tahun. Susah nak dapat dah sekarang, sebab terlalu banyak persaingan sekarang. Dan ramai yang menganggap bila dapat tender tu kita ’secure’. Ya ! memang betul, kita secure untuk selama tempoh kontrak, kalau 2 tahun, 2 tahun lah secure. Tapi apa kata, kalau dalam 1 tahun kontrak, kita dah tak ‘perform’ ATAU ada orang yang ‘mentakperformkan’ kita
. Dah kena batal kontrak. Habis cerite, KENA PULAK, KONTRAK YANG ADA HANYA SATU-SATUNYA SUMBER PENDAPATAN.
Saya berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan semua, kalau dapat kontrak buatlah betul-betul, gunakan keuntungan yang ada untuk membina dan melebarkan perniagaan. Contohnya, buka cawangan kedai baru atau apa-apa aje yang boleh menambah pendapatan dan sumber kewangan. KEUNTUNGAN SEBENAR ADALAH SELEPAS KONTRAK kita tamat. Apa yang dapat dikumpul dan menambah ‘value’ anda. Manalah tahu, langit kita tak selalunya cerah selama 9 tahun. Sekarang ni tak musim tengkujuh pun hujan lebat.
Saya berhenti disini dahulu, untuk seketika. Cerita KEDUA akan saya kongsikan bersama.
Kepada Sahabat saya tu, Silalah ke ROHANI, sekarang dah ada Ziyad Patel, jika berminat dengan koleksi Ziyad Patel sila inform. Moga dapat sedikit ketenangan, Insya Allah.
Shah.
Comments (1)








saya bersimpati dengan pemilik perniagaan ini. betul dalam perniagaan ini kena sentiasa berada dalam risiko dan sentisa kena bersedia untuk apa jua kemungkinan. dan agak2 lah, jika rasa2 kontrak kita sudah mahu luput cepat2lah risik dan segera sambung.. supaya masa yang ada membolehkan kita memikirkan dan mengatur langkah seterusnya.
Dan juga sentiasa berkembang, jangan bergantung kepada satu stesen atau satu punca sahaja. Kerana kita hanya merancang, tetapi sesungguhnya perancangan yang sebenar hanya daripada-Nya.
Saya sudah belajar membuka blog dobi saya. http://www.dobiaza.blogspot.com
@Hazris, terima kasih. Saya ziarah blog Hazris, dah bukak cawangan kedua. Tahniah.