Dobi Hotel.
Assalamualaikum , semoga apa yang dirancang akan berjalan seperti yang dirancang. Udah masuk bulan 2, 2011. 1-2 bulan lepas ada yang bertanya tentang kontrak-kontrak dobi yang sesuai untuk diteroka. Antara yang boleh dicuba, blazer atau coat bank (AMbank, Tabung Haji dll), pendek kata semua institusi yang pakai coat, anda boleh offer perkhidmatan Dry Cleaning atau Aqua Wash. Bomba satu lagi…tapi setahu saya bomba memang dah ada inhouse laundry…cuba tanya, manalah tahu bomba kawasan anda masih lagi belum ada inhouse laundry kan. Catering….kemana selalunya diorang basuh table cloth yang dah digunakan, bukan senang nak hilangkan kesan minyak. Butiq pengantin. Cuba tanye juga PLUS dan kotraktor diorang, kemana mereka hantar baju kerja atau overall yang dipakai.
Hotel…., memang seronok kalau dapat kontrak hotel, tapi perlu sedia dari segi mental, kewangan dan mesin. Saya tidak mempunyai pengalaman dengan kontrak hotel, tapi ada sahabat yang buat hotel budget, hotel 4 bintang dan yang servis mesin laundry di hotel. Terima kasih kepada mereka yang sedia berkongsi pengalaman untuk panduan kita bersama. Sebab yang di kongsikan bukannya cerita-cerita yang indah sahaja..tapi juga cerita-cerita sebaliknya supaya kita tak hanyut dibuai mimpi indah dalam perniagaan dobi. Sedikit panduan dari mereka….
1. Perlu sedia 24 jam untuk hantar walaupun sehelai tuala jika diperlukan.
2. Perlu korbankan masa cuti sekolah atau holiday anda kerana hotel tak pernah cuti, melainkan anda ada perkerja yang dedikasi.
3. Perlu sedia untuk bersaing dengan kontraktor baru yang melobi di hotel anda. Walaupun anda sudah ada kontrak.
4. Paling kurang perlu ada 2 hotel (bajet) untuk lebih profitable dengan pelaburan yang dibuat, contohnya flat iron.
5. Mulakan dengan ambil kontrak kecilan seperti cuci tuala.
6. Selalunya hotel akan buat site visit ke kedai anda untuk audit kemampuan anda, melainkan jika anda diberi kontrak kecil seperti cuci tuala.
7. Basuhan dikira mengikut helaian, contohnya harga sehelai sarung bantal $0.50 (Kebanyakkan hotel).
8. Ada hotel yang menawarkan inhouse laundry, anda jadi operator – segala mesin disediakan atau anda sediakan semua mesin- hotel sediakan ruang operasi.
9. Persaingan yang sengit dari kontraktor baru yang mahu menceburi kontrak hotel perniagaan dobi, jadi harga yang ditawarkan selalunya lebih rendah, yang penting dapatkan kontrak dulu.
10. Ada hotel yang lewat buat bayaran sehingga 5 bulan, jadi perlu bersedia dengan modal pusingan yang lebih sikit.
11. Dan yang paling seronok ialah bila dapat payment dari hotel tepat pada waktunya dan masih ada untung – lagi bagus kalau untungnya berlipat ganda.
Itu saja sedikit info dari pandangan jomdobi.com yang mungkin berbeza dari pengalaman anda.
Klik dibawah untuk lihat contoh sebut harga kontrak dobi hotel.
Selamat mencuba.






