Dobi…Indah Khabar Dari Rupa !!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Dalam sebulan saya akan terima 1-2 email berkenaan masalah kedai dobi. Saya ringkas kan, saya akan cuba membantu dan beri pandangan sekadar yang mampu. Sedih, bila ada yang dah niaga dobi lebih 1 tahun, tapi masih lagi belum dapat menabung duit perniagaan, malah kena tampung lagi. Ade yang dah beroperasi kurang setahun, tapi dah nak tutup kedai.
Kepada mereka yang menghantar email kepada saya bertanyakan dan berkongsi masalah mereka dengan saya, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana kepercayaan kepada jomdobi.com. Dan saya tabik anda kerana masih mampu bertahan walaupun berdepan dengan masalah, semangat yang kental dan tidak putus asa.
Posting kali ini saya kongsi bersama tip-tip yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk sedikit sebanyak menyelesaikan masalah niaga dobi anda. KEPADA BAKAL USAHAWAN BARU…TIADA JALAN PINTAS DALAM PERNIAGAAN DOBI, SAMA SAJA MACAM PERNIAGAAN LAIN. PERLU BERSEDIA UNTUK WAKTU-WAKTU TENAT.
Terpulang bagaimana anda mentafsir setiap tip yang dikongsi dan menyesuaikan dengan masalah anda.
1. Berbincang dengan Landlord untuk mengurangkan kadar sewa selama mungkin.
2.Berbincang dengan bank anda berkenaan masalah yang sedang dihadapi.
3.Kaji semua harga yang ditawarkan kepada pelanggan, samada terlalu murah atau terlalu mahal.
4.Buat perbandingan dengan pesaing anda.
5.Tanya pelanggan apa yang paling mereka menyampah tentang mutu perkhidmatan kedai dobi.
6.Analisa keperluan wang tambahan yang diperlukan untuk menampung kos operasi. Bagaiman nak cari baki tampungan.
7.Aturkan Promosi untuk menarik pelanggan baru dan tambah servis extra yang boleh ditawarkan. Extra..basuh kasut sekolah, jual barang premium, phone card, jual bunga, sewa novel terpakai…dan sebagainya.
8.Mula bersikap ‘taik hidung masin’. Contohnya berapa lama sabun anda boleh bertahan?, berapa sudu digunakan dalam satu basuhan, berapa keping klip baju digunakan pada baju pelanggan, berapa tong gas yang digunakan dalam sebulan, berapa lama masa diambil untuk keringkan satu load 3 kilo pakaian. Dan anda perlu tahu KENAPA?. KENAPA satu sudu? Bukan 1/2 sudu?. Setiap yang berlaku ade sebab dan anda sebagai PEMILIK PERNIAGAAN PERLU TAHU KENAPA?. Ada beza antara PENJELASAN DAN ALASAN .
9.Jangan PERCAYA kepada pekerja anda. Maaf agak kasar bunyi nye. Tapi itulah hakikatnya.
10. Luangkan lebih masa dikedai untuk interview pelanggan anda dan pastikan mereka mengetahui anda sebagai pemilik perniagaan kedai dobi anda. BUKAN PERKERJA anda sebagai Boss kedai dobi anda.
Saya harap tip-tip diatas sedikit sebanyak memberi idea, bagaimana mengurangkan wang tampung tiap-tiap hujan bulan. Kalau ada hadiri PGC, saya rasa lebih banyak yang saya boleh belajar dari anda begitu juga sebaliknya. Saya anggap posting ni penting kepada bakal-bakal usahawan supaya jangan hanyut dengan cerita-cerita ‘SYURGA’ sahaja, kadang-kadang kita perlu juga dengar cerite-cerite dari ‘BUKAN SYURGA’.
.
p.s. Ade juga email nak minta nasihat dan pandangan berkenaan cara niaga di internet. Saya ada buka satu categories ‘Niaga Online‘. Belum ada posting yang baik lagi. Tapi Insyallah dalam tempoh yang terdekat. Saya akan kongsikan hanya yang terbaik untuk anda semua. Tapi mungkin ada kaitan juga, sebab sedar tak sedar sebenarnya niaga dobi saya dah AUTOPILOT.
, terima kasih kepada Norizan peserta PGC yang membuka perbincangan mengenai topik ni.
Setakat ini dulu…jangan pandang ringan pada Niaga Dobi. Buat betul-betul., anda akan santai……..
Jomdobi.com
Comments (9)






sesungguhnya berniaga itu 9 daripada 10 punca rezeki..
tapi kena semangat dan ada perancangan yang betul,, kerja keras.
dan jangan cepat nak untung…
@hazris, betul tu. Semangat dan motivasi perlu kuat. Tiada jalan mudah dalam sebarang pernigaan.
Sekecik manapun perniagaan yang dijalankan, kalau istiqomah, insya Allah akan berjaya.
jika saya dari terengganu hendak membeli sabun mencuci pakaian. penghantaran macam mane?
sy just nak mtk pendapat,dlm keadaan ekonomi skrg b’sesuaian x kite utk memulakan suatu bisnes exp:dobi,
dlm jangka brp lame sgle persiapan utk memulakan perniagaan akn siap
@ eica, terima kasih kerana melawat jomdobi.com.
Saya masih lagi ingat tentang satu artikel yang saya baca 4 tahun lepas, perniagaan dobi adalah suatu perniagaan ‘recession proof business’. Cuma artikel tu lebih kepada coin operated laundry dalam konteks perniagaan di US. Secara peribadi kedai dobi saya masih lagi berjalan seperti biasa, saya tak pasti untuk tahun hadapan, tapi saya yakin tiada sebarang perubahan yang ketara. Mungkin faktor lokasi yang baik dan strategi pemasaran yang betul?.
Irda perlu yakin, cuba hadiri Kursus Asas Dobi atau Ebook Manual Niaga Dobi untuk tambah ilmu mengenai perniagaan dobi. Andai kata Irda berminat untuk niaga dobi, ikut langkah-langkah yang perlu semasa set-up kedai dari awal. Paling selamat jangan guna loan. Biar lambat, dan buat survey, jangan masuk market tanpa info apa yang kite perlu buat.
Setup kedai dobi, kalau ada duit semua cepat. Kalau tak, akan ambil masa – cth tunggu loan approve. Banyak peringkat yang melibatkan pihak ketiga,cth loandlord, PBT,TNB, air, supplier mesin, kontraktor dan sebagainya. Jika Irda pandai berurusan degn mereka, cepatlah siap kedai. Cthnya mesin basuh, kalau ada stok tak de masalah, tapi kalau tiada stok- mungkin kena order dari oversea. Itulah antara perkara yang perlu Irda berdepan. Saya rasa tempoh sebulan paling sesuai.
saya surirumahtangga f/t.ada rancangan nak buka kedai dobi.kawasan saya felda.saya langsung tak ada pengalaman dlm kedai dobi.saya dan rakan2 mungkin tak ambil mana2 loan.guna sendiri punya saving.macammana dan apa agaknya langkah pertama kami yang harus diambil
@mama iza, tahniah berminat dgn niaga dobi.
1.Download RP Percuma di jomdobi.com
2.Cari Asas dobi melalui Kursus Asas Dobi atau dapatkan Ebook MND. Perlu tahu sikit tentang perniagaan dobi dan asasnya sebelum terjebak. Takut nanti niaga dobi ni tak serasi dengan diri kita.
3.Lepas tu boleh hadiri PGC untuk latihan amali Dobi, JIKA perlu.
Guna duit sendiri memang amat digalakkan.
saya berminat untuk memulakan perniagaan dobi dan brapekh modal yang paling minimum diperlukan untuk memulakan satu perniagaan dobi….
salam..nak tanyer skit… perlu atau tidak sekiranyer saya ingin membuat pinjaman perniagaan saya perlu mengikuti kursus dahulu atau terus buat kertas kerja….
Selalunya loan akan diberi kepada usahawan yang dah ada kedai. MARA contohnya perlu ada akaun bis selama 6 bulan atau jika tiada anda perlu hadir kursus dalam tempoh yg ditetapkan. Cuba dapatkan info dari pemberi pinjaman. Memang ade sesetengah perlu sijil hadir kursus dobi sebagai salah satu syarat dapat loan.
Pada sesiapa ingin menjual mesin dobi layan diri jenis Speed Queen boleh contact saya 012-6274426 (washer n dryer). Harga boleh dirunding
Untuk mesin Speed Queen yang bermasalah (rosak) juga saya sedia membelinya mengikut kadar harga yang berpatutan. Sila hubungi 012-6274426.