Dobi ku TENSION !!!.

Salam 1 Malaysia…haha. PROMOSI sikit. Demam PRK tengah hangat sekarang ni. Walau sape pun yang menang, tunaikan janji-janji anda kepada pengundi. OK…Apa cerita dengan niaga dobi anda?. Persaingan makin hebat, toleh kiri ada dobi, toleh kanan ada dobi, masuk simpang ada dobi. Kalau yang dah lama meniaga mungkin tak de masalah, sebab dah ade pengalaman, yang baru buka kedai camana pulak?. Dah cukup 6 bulan meniaga…rasa-rasanya boleh terus ke dengan lokasi yang dipilih?. Tercapai ke ‘minima sales’ satu hari?. Macamana strategi pemasaran anda untuk menarik pelanggan..seperti yang anda buat dalam RP?.

Kalau ada yang masih berminat dengan perniagaan dobi, tahniah. Pilihan anda tepat. Tapi perlu kerja lebih sikit,sebab industri dobi semakin banyak persaingaan dan ramai yang berminat untuk memulakan perniaggan dobi. Ada yang habis pencen..nak buka dobi, yang ambik VSS nak bukak dobi, yang masih bekerja dan nak buat buit tambahan pun berminat dengan dobi. Jadi bisnes dobi ni dah terbuka luas. Seperti yang saya kongsi dengan peserta PGC, kalau nak bukak dobi, bukak cepat-cepat, jangan tunggu lama-lama. Nanti persaingan semakin hebat.

Selepas 6 bulan meniaga, silalah review potensi perniagaan anda. Buat ‘post mortem’, apa yang kurang dan apa yang terlalu kurang :-) . Kalau rasa dah kena tutup, kena berani ambik kenyataan – Perniagaan Dobi / Bisnes Dobi kite gagal. CUT LOSS. Setiap perniagaan ada risiko, besar atau kecik tak de beza, cuma bagaimana kita menghadapinya.

Posting akan datang saya akan berkongsi langkah-langkah yang kita ambil jika sales jadi tepu, sales tak bertambah. Macamanapun kita hanya merancang, Allah yang Esa yang menentukan.

Amin……

Jangan lupe klik butang  Facebook Share diatas :-) .

Blog Widget by LinkWithin

Subscribe Jika Artikel Ini Bermanfaat

Ada Banyak Lagi  Panduan, Tip dan Artikel yang Bermutu.

Nama:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

Leave a Reply