Dobi Layan Diri – Tip dari COLMan Part 2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah lama tak buat posting dan saya ingin memohon maaf kepada pembeli ebook MND yang lewat terima link download, sebab ada sedikit masalah dengan server jomdobi.com. Kepada pembeli yang bernasib baik dengan kupon diskaun RM60.00 – tawaran sudah ditutup kerana kuota 50 pembeli dah tercapai. Jadi harga jualan MND terkini RM90.00.
Saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang saya terima sebaik mungkin samada mengenai COL atau Dobi biasa. Ok lah saya sambung lagi tip dari COLMan. Semoga boleh dijadikan panduan kepada mereka yang beminat dengan C.O.L.
Salam , bertemu kembali, maaf kerana terpaksa saya sambung untuk berkongsi pandangan saya ini, ok perkara ke ;
5) Anda haruslah memastikan tempoh jaminan atau warranty period yang ditawarkan oleh syarikat pembekal COL adalah munasabah(Jika beli mesin baru). Kebiasaanya warranty period diberi 2-3 tahun. Ini penting dan pastikan hak kita sebagai pembeli terjamin.
6)Anda juga adalah dinasihatkan untuk membeli insuran perlindungan mesin atau public liability. Ini amat penting bagi anda sebagai peniaga mendapat perlindungan jika berlaku sebarang kecurian atau vandalism terhadap mesin anda. Begitu juga kepada pengguna akan dilindungi jika sebarang kejadian yang tidak diingini.
Selain dari 6 perkara diatas, anda juga dinasihatkan untuk membuat sedikit homework berkaitan latarbelakang syarikat pembekal(dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin dari segi perkhidmatan (after sale service), alat ganti, lokasi yang hendak anda pasang COL, jumlah pengguna yang dijangka, kadar sewa yang perlu dibayar, jika mendapat kontrak berapa lamakah tempoh kontrak tersebut.
Suka saya ingatkan anda diruangan ini, jika terdapat individu yang ingin menjual tapak COL atau kontrak yang telah mereka perolehi lengkap dengan mesin COL sekali. Maka anda haruslah berhati-hati dan membuat kajiselidik terlebih dahulu sebelum bersetuju.
1) Berapakah jumlah atau harga tawaran yang hendak diberikan kepada anda. Anda perlu membuat pengiraan perbandingan harga yang ditawarkan dengan harga jika anda membeli sendiri mesin COL. Adakah berbaloi. Atau langsing tidak berbaloi-baloi.
2)Dapatkan dokumen kontrak tersebut, baca dan teliti term and conditions, berapa lama tempoh kontrak tersebut, jumlah mesin COL yang perlu dipasang, kadar sewa yang dikenakan, caj bil utility dan lain-lain termasuk hiden cost yang mungkin tidak dinyatakan didalam kontrak tersebut.
3)Latarbelakang individu atau syarikat tersebut, dapatkan maklumat atau tempat-tempat yang lain yang dipasang oleh individu atau syarikat tersebut(Jika boleh jangan beritahu individu atau syarikat tersebut) Lakukan siasatan atau tinjauan anda sendiri. Ini bagi mengelakkan berlaku penipuan.
4)Jika anda sudah yakin dengan 3 perkara diatas, maka anda perlu berjumpa dengan tuan punya tapak tersebut, contohnya kolej, universiti atau sebagainya. Bersemuka dan anda boleh bertanya kepada mereka beberapa soalan spt;-
i) Bolehkan kontrak yang telah di anugerahkan/ award kepada syarikat lain di jual pula kepada syarikat lain atau di sublet.
ii) Bolehkah kontrak tersebut ditukar kepada syarikat atau nama anda jika anda bersetuju untuk membeli atau mengambil alih kontrak tersebut.
iii) Adakah terdapat hutang yang tertunggak oleh syarikat atau individu lama terhadap tuan punya tapak tersebut atau kolej, universiti. Contohnya bil sewa tapak, utility air dan letrik, cagaran kontrak dan sebagainya. Jika ada bagaimana untuk menyelesaikannya.
iv) Dapatkan maklumbalas dari pengguna mesin tersebut seperti pelajar di kolej tersebut. Tanyakan keupayaan mesin tersebut, kekerapan rosak, lama masa tempoh diambil untuk membaiki setiap kerosakan dan lain-lain yang dirasakan perlu ditanya.
v)Apakah baki tempoh kontrak yang ada, adakah jaminan daripada kolej atau universiti untuk menyambung kontrak jika anda mengambil alih kontrak tersebut.
vi)Berapakah jumlah pelajar yang menginap dikolej tersebut.Kita boleh membuat anggaran pengiraan pendapatan dengan mengetahui jumlah pelajar dikolej tersebut dengan membuat andaian 0.5% dari jumlah pelajar hostel tersebut akan menggunakan mesin COL anda setiap hari.
vii)Tanyakan kepada individu atau syarikat tersebut bagaimana jika berlaku kerosakan pada mesin tersebut, siapakah yang akan membaiki dan jika ada berapa cepat.
viii) Jika anda bersetuju untuk membeli kontrak tersebut, maka perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah
a) Tukarkan kunci peti duit untuk mesin tersebut. Lakukan sendiri.
b) Minta untuk diberikan trial period selama sebulan. Untuk kita lihat jumlah kutipan yang boleh diperolehi, keupayaan mesin tersebut dan sebagainya. Anda adalah dinasihatkan untuk tidak terus membayar apa-apa didalam tempoh tersebut. Anda berhak untuk berbuat demikian. Jika mereka jujur maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi jika mereka keberatan, maka anda tidak perlu untuk meneruskan “deal” tersebut. Ini penting untuk anda mengetahui “ROI” anda nanti.
Ok, saya berharap panduan ini sedikit sebanyak telah dapat membantu saudara dan saudari diluar sana sebelum menceburkan diri didalam COL ini. Terlalu banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan COL tetapi kita juga perlu berwaspada kerana pelaburan yang akan dibuat juga besar jumlahnya. Saya juga berharap jika ada teman-teman lain yang mempunyai pengalaman yang baik mahupun pahit dapatlah kita berkongsi bersama diruangan ini, semoga kita dapat saling bantu membantu sesama kita.
Jangan lupe klik butang Facebook Share diatas
.
Sekian.









