FORMULA KEJAYAAN.
Satu Renungan……
FORMULA KEJAYAAN
Kejayaan bukan datang dengan mudah atau bergolek & bukan NASIB.
Kejayaan adalah rantaian usaha yang berlandaskan ilmu yang mantap.
Tetapi yang paling penting adalah persiapan minda untuk berjaya, orang yang tidak mempunyai minda orang berjaya tidak akan berjaya atau akan kehilangan kekayaan dlm masa yang singkat. Kalau tak percaya tengok nasib orang yang menang loteri yang menerima habuan pampasan jutaan ringgit tetapi sekrg mereka tidak tinggal apa-apa.
Perkara pertama dan yang paling penting untuk berjaya ialah mestilah mempunyai cita-cita dan matlamat (GOALS). Tanpa matlamat kita tidak ada benda yang hendak dikejar atau gesaan untuk mendapatkannya.
Contoh kalau kita telah menetapkan matlamat untuk berkahwin pada hujung tahun ini, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dan selalunya kita berjaya, betul tak?
Kenapa hal kahwin sahaja kita bersungguh-sungguh tetapi tidak dalam hal berniaga.
Saya berhenti kerja pada 2003 dan mula berniaga. Saya bersungguh-sungguh berniaga tetapi sehingga tahun 2006 kehidupan saya makin susah bukan bertambah senang.
Isteri bising suruh kerja blk kerana saya ada kelulusan.
Penghujung 2006 saya terjumpa sahabat lama yang telah membuka minda saya bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan.
Perkara pertama yang dia suruh buat adalah ‘ SET YOUR GOALS ’.
Memang saya tak pernah terfikir pun nak apa pada masa tu, tapi kawan saya yang hebat ni suruh fikir apa kereta yang saya minat nak pakai. Saya kata minat kereta BMW, tapi macam lawak je pasal masa tu saya pakai kereta Kancil je. Dia suruh saya har-hari kat jalan raya tengok kereta BMW, saya pun hari-hari perhatikan kereta BMW, dalam hati dapat pakai 3 series pun jadi lah.
Alhamdulillah bulan Mac 2007 saya dapat pakai BMW 325i, macam tak caya je.
Nak set GOALS ni pun ada caranya, dan kalau ikut memang buleh dapat, saya ikut tak sampai 4 bulan dah dapat apa yang saya target.
G.R.E.A.T yang saya gunakan membawa maksud:-
G – GOALS (Matlamat)
R – RESULT (Keputusan)
E – EDUCATION (Pendidikan) ……Artikel Penuh DiSINI.
Nota: Saya berterima kasih kepada pemilik asal Artikel yang gagal dikesan. Kalau anda melawat web ini, mohon izin untuk dikongsi bersama rakan, sebagai motivasi diri.
Comments (5)








Terima kasih, lepas baca artikel tu semangat membara. Terus membara…
Bro, terima kasih kongsi motivasi, bro pun mesti bermotivasi, target X6 ke?.Hahah. Tapi Bro, kemampuan biarlah betul-betul mampu, jangan kerana nak bermewah pakai BM, Merced sanggup pijak kepala orang betul tak?. Maknanya buat apa saja asal dapat pakai kereta besar, tak kira apa cara. Tapi bila sampai bulan-bulan tak mampu nak bayar. Lepas tu gaji pekerja bayar lambat, korek lubang sini, gali lubang sini. Dah mula kona sana sini sebab tak cukup nak bayar bulan.
Saya rasalah Bro, itu dah jadi lain. Berjaya atas air mata orang lain. Tak berkat tu…panjang sikit ni.
.
@Terima kasih PASAI & kerull,
Motivasi aje, belum tentu buat, kurang2 ada la sikit tu. PASAI, setuju tu, biar kecil asal bahagia dan berkat, kalau nak ikut nafsu semua nak hehehe. Sampai tak perasan yang dibuat tak betul, sebab dah kelabu duit, yang betul hanya aku…… Berjaya atas air mata orang lain…mohon izin guna slogan ni.
Jomdobi dah melencong…dah masuk tajuk buat duit dah. Tapi saya agree, asyik story pasal dobi, boring ooo. Motivasi bagus. Kepada En. Pasai /pacat, cam ada experiance aja. Akibat duit, hilang saudara, hilang abang adik, hilang mak ayah….sedih.
@tiara, fokus. Pasa saya walau kecik yang penting halal, jalan betul. Duit untuk bagi makan anak isteri, jadi darah daging. Kalau dah haram, jangan lah menghalalkanya, sebab nak jugak. Tapi kalau dah nafsu, boleh hilang saudara mara. Pepatah orang tamak selalu rugi dah berubah, orang tamak selalu untung…Terima kasih bagi komen pada post kali ini.
@akula, terima kasih bertandang ke jomdobi
apakata Azam buka blog baru, pasal cara buat duit?. ni opinion saya aje. saya dah singgah kat blog sana tu,rasa nye banyak boleh azam tulis pasal buat duit.