Sembahyang Raya Aidil Fitri.
…ya Allah ya tuhan ku, kau kasihlah kedua ibu bapa kami, sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil…
…ya Allah ya tuhan ku, kau jadikanlah kubur ibu bapa kami, sebahagian dari taman-taman yang lapang dan indah di syurga…
…ya Allah ya tuhan ku, kau jadikanlah kebaikan yang kami lakukan, sebagai kebaikan untuk ibubapa kami….
Petikan dari doa yang diaminkan semasa Sembahyang Aildil Fitri di Rapat Setia, Ipoh dan di Imamkan oleh Tuan Imam Haji Radzi. Tuan Imam memang dikenali dengan bacaan doa dalam bahasa Arab dan Melayu yang lebih difahami dan terasa lebih dekat denganNya.
Jadi memang sesuailah bila doa bahasa Melayu di baca pada sembahyang Raya yang telah sinonim dengan ingatan kepada kedua ibu-bapa yang telah tiada.

Alfatihah untuk Haji Mohd Kawi Bin Awang dan Haji Rusli Bin Jaafar…
…semoga dikasihi olehNya seperti mana kami dikasihi oleh mu sewaktu kami kecil…
…semoga kuburmu menjadi sebahagian dari taman-taman syurga yang indah dan lapang…
…semoga kebaikan kami menjadi kebaikan untuk mu…. INSYAALLAH.






