WD40
WD40! Sape tak kenal dengan bende dalam botol ni?. Kalau tak kenal maknenya anda memang…..memang…..no komen (he he he).
Ok lah….kalau ade customer hantar baju yang kena minyak yang amat teruk, cuba guna WD40 atau sebarang penghilang minyak yang ade di pasaran. Spray pada tompok minyak, biarkan seketika dan berus dengan sabun. Insyallah hilang.
Selalunya ok, kadang-kadang ia akan tinggalkan bekas WD40 yang kabur berbanding tompok minyak yang lebih kotor.
Tapi sebelum tu cuba dulu di bahagian lain.
Ok. JomDOBI.
Tip bagus.Aku ingat guna untuk mesin aje. Guna untuk baju pun boleh jugak.
Anak Didik.
TQ Bro.Memang banyak masalah dgn baju kilang.
Hahaha…ini pun boleh ke?.Tak sangka betui.
Betul tu Udin.Jimat duit tak payah beli Chemical mahal. Tapi macam saya kata lah, kena cuba dulu
Ade lagi tak TIP dari JomDOBI.com ?.Tengah cari cara nak cuci darah. Ade banyak customer hantar baju suruh cuci darah. Kalau ade boleh kongsi….Terima kaseeeyyy.
@DL, darah lebih senang kalau masih fresh. Rendam dalam air SEJUK dan campurkan sikit sabun atau sampu selama beberapa minit, lepas tu berus macam biasa. Kalau boleh guna berus gigi lagi elok.
Kalau dah yang lama, selalunya susah nak hilang. Saya guna OXY-5 (Ubat jerawat). Sapu pada kesan darah dan biarkan beberapa minit, lepas tu bilas dengan air sejuk. Boleh cuba dulu. OXY-5 ade bahan kimia ‘Hidrogen Perioxide’,yang boleh melarutkan struktur darah.
JANGAN gunakan air panas bila basuh baju yang kena darah, sebab ia akan ‘gam’ darah tu pada pakaian dan susah nak tangga.
Jom DOBI
Kalau nak cuci darah paling mudah guna pencuci ‘Vanish’ la…
Mengikut pengalaman den. hehehe….
Sapu jer cecair Vanish tu pada kesan darah… biarkan sekejap.
Automatik ada kesan tindakbalas kat situ…
Pastu basuh cam biasa… mudah kan!!
@Harni, terima kasih dgn tip yg diberikan.
harni…waaa…cam2 kene letak tambahan fee…wawawa
Ada petua nak cuci pakaian kena dakwat pen?
ada petua xnak ilang kan dakwat?
ramai coustemer saya hantar baju kene dakwat pen..plizzz…
@khairul+ mad shah,
Setakat ni saya belum lagi jumpa cara untuk hilangkan dakwat basah atau kering guna bahan2 biasa. Tapi saya gunakan special chemical yang cepat dan senang.Jadi boleh mintak bayar lebih dari pelanggan.
WD40 ni boleh tak guna untk basuh coverall (uniform orang pakai kat atas pelantar minyak tu)? Pening kepala ni. Customer nak hantar coverall dalam kuantiti yang banyak ni. Advise plisssss…..
@Siti,tahniah dapat coverall, charge lebih sikit sebab susah nak basuh tu. Kalau pakai WD40 rasenye tak praktikal sebab banyak, nak kena berus lagi. Jadi saya cadangkan Siti rendam dulu dengan X semalaman, dan berus keesokkannya. Insyallah ok, sebab 70%-80% minyak dah kluar.
@Siti, sila cek email.
boleh kongsi dgn saya juga tak perihal ‘X’ tu… saya pun kadang dapat baju chef berminyak habis…
saya pom biasa gak terima baju yg berminyak. Kalau tak keberatan bole la share ‘X’ tu apa, mana tau kot2 leh order ngan en azam. biasa kalau baju yg customer mintak hilangkan dakwat, minyak etc ni berapa charge? macam mana kalau tak dapat hilangkan kotoran itu nak charge macam mana..charge yg sama @ kena kurangkan..kita dah jenuh sental
hmm, kalo nak hilangkan dakwat cube try petua ni
bancuh sikit susu tepung dengan air.. biarkan pekat.. jangan cair2.. pastu rendah baju yang terkena dakwat tu dalam 20-30minit.. pastu cuci seperti biasa..
InsyaAllah berjaya…
ataupun.. titiskan air limau bercampur garam ke tempat yang terkena dakwat tu.. gosok sikit dengan tangan.. n cuci seperti biasa…
Selamat mencube..
Nak tanya macam mana nak hilangkan baju customer yg terkena warna baju lain.. staff saya nie baru so bila dia basuh baju custmr, dia pergi campur plk warna yg terang n gelap.. abis baju yg terang tu bertompok biru.. pening saya dibuatnya x tau mcm mana nak hilangkan.. n klu boleh nak tau jugak apa X yg digunakan.. harap ada yg sudi tolong n bagi petua..
thx so much
asalam..saya nak mintak tlg sgt2..handbeg coach saya kene dakwat printer..mcm mane nak hilangkan..buntu…handbeg tu baru beli 2hari…original plk tu..tolong laaa..tqtqtq